​MUARA NAVAL BASE, Tuesday, 20 August 2024 – The Royal Brunei Navy (RBN) received a visit from Admiral Adoong Pan-Iam, the Commander-in-Chief of the Royal Thai Navy, as part of his Official Visit to Brunei Darussalam from 18 until 20 August 2024. Throughout his stay in Brunei Darussalam, Admiral Adoong Pan-Iam is joined by his spouse, Mrs. Kirata Pan-Iam.

Before visiting the RBN, Admiral Adoong Pan-Iam first made a courtesy call to Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Following that, Admiral Adoong visited the Royal Brunei Armed Forces Museum before proceeding to Muara Naval Base.

Upon arrival at the Muara Naval Base, Admiral Adoong Pan-Iam was greeted by Captain Haji Mohamad Sarif
Pudin bin Matserudin, RBN, the Acting Commander of RBN. He received a General Salute by the RBN personnel and inspected the Guard of Honour led by 1284 Lieutenant Haji Muhammad Faiz bin Haji Kudil, RBN.

Admiral Adoong then proceeded with a bilateral discussion with the Acting Commander of the RBN. During the discussion, both leaders expressed enthusiasm about exploring potential opportunities for collaboration in military cooperation and enhancing maritime security as well as prospective areas of engagement to bolster friendly ties mutually. Following the bilateral meeting, the Acting Commander of RBN hosted a brunch session whereby Mrs. Kirata Pan-Iam as well as the spouses of the RBN Executive Board joined in at the RBN Officers’ Mess.

Admiral Adoong and his spouse visited Brunei Darussalam and experienced the culture of the country, centred around the theme of Malay Islamic Monarchy. They explored Kampong Ayer, Tutong District and visited Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, and the Royal Regalia Museum in Bandar Seri Begawan as part of their Malay Islamic Monarchy tour.

Admiral Adoong Pan-Iam’s successful visit signifies the importance of continued engagement and collaboration in ensuring a stable and secure maritime environment in the region.









TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN RASMI DARIPADA PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA THAILAND


PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Selasa, 20 Ogos 2024 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menerima lawatan daripada Laksamana Adoong Pan-Iam, Pemerintah Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) sebagai Kunjungan Rasmi beliau ke Negara Brunei Darussalam bermula 18 hingga 20 Ogos 2024. Disepanjang kunjungan beliau ke negara ini, beliau ditemani oleh Isteri beliau, Puan Kirata Pan-Iam.

Sebelum lawatan beliau ke TLDB, beliau membuat Kunjungan Hormat kepada Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Beliau seterusnya membuat lawatan ke Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebelum bergerak ke Pangkalan Tentera Laut Muara.

Sejurus tiba di Pangkalan Tentera Laut, Laksamana Adoong disambut oleh Kepten Haji Sarif Pudin bin Matserudin, TLDB, Pemangku Pemerintah TLDB. Beliau menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan yang di ketuai oleh 1284 Leftenan Haji Muhammad Faiz bin Haji Kudil, TLDB. 

 

Sejurus selepas memeriksa kawalan, beliau membuat Mesyuarat Dua Hala bersama Pemangku Pemerintah TLDB yang mana kedua belah pihak membincangkan peluang-peluang usaha kerjasama ketenteraan dan meningkatkan keselamatan maritim serta hubungan dua hala diantara angkatan laut secara profesional dan juga persahabatan. Selepas mesyuarat dua hala tersebut, Pemangku Pemerintah TLDB menghoskan Jamuan Pagi yang mana disertai oleh Puan Kirata Pan-Iam bersama isteri-isteri Badan Eksekutif Tentera Laut. 

Semasa keberadaan beliau di negara ini, Laksamana Adoong dan isteri berpeluang untuk menyaksikan budaya Negara Brunei Darussalam yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja dengan lawatan ke Kampong Ayer, Daerah Tutong, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja di Bandar Seri Begawan.

Kunjungan Rasmi Laksamana Adoong Pan-Iam ini melambangkan kepentingan kerjasama berterusan dalam menentukan kestabilan dan keselamatan persekitaran maritim serantau.​