BOLKIAH GARRISON, Monday, 25 June 2018 – The Minister of Defence II, The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, today received a courtesy call by the Commander-in-Chief of Vietnam People’s Navy (VPN), Vice Admiral Pham Hoai Nam.
During the call, both sides reaffirmed the friendly defence and naval relations between both countries and also discussed matters of common interest, which includes naval cooperation, training, and other bilateral and multilateral avenues to further strengthen the defence relationship.
Vice Admiral Pham Hoai Nam also called on the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Also present during the call was First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Commander of the Royal Brunei Navy. The Commander of RBAF took the opportunity to express his appreciation to Commander of VPN on the goodwill visits made by VPN’s ships to Brunei Darussalam which provide valuable opportunities for both navies to build upon their professional relations and to share knowledge and experiences.
Vice Admiral Pham Hoai Nam and delegation are in Brunei Darussalam from 24 June to 25 June 2018.


COMMANDER-IN-CHIEF OF VIETNAM PEOPLE’S NAVY BUAT KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB
BOLKIAH GARISON, Isnin, 25 Jun 2018 – Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, hari ini menerima kunjungan hormat dari Commander-in-Chief of Vietnam People’s Navy, Laksamana Madya Pham Hoai Nam.
Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak juga merakamkan rasa puas hati atas hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala yang mesra di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Sosialis Vietnam, dan juga membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama termasuk kerjasama tentera laut, latihan, serta bidang-bidang dua hala atau pelbagai hala yang lain untuk memperkuat hubungan pertahanan dua hala.
Laksamana Madya Pham Hoai Nam juga membuat kunjungan hormat kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir semasa kunjungan hormat adalah Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei. Pemerintah ABDB juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan rasa penghargaan kepada beliau di atas lawatan muhibbah kapal-kapal tentera laut Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, yang mana memberikan peluang yang bernilai bagi kedua-dua tentera laut untuk meningkatkan lagi hubungan profesional dan juga berkongsi pengetahuan dan pengalaman di antara satu sama lain.
Laksamana Madya Pham Hoai Nam dan delegasi berada di Negara Brunei Darussalam pada 24 Jun hingga 25 Jun 2018.