SG AKAR, Friday 24 March 2017 – Lieutenant Colonel Rani bin Haji Bujang handed over his Commandant Gurkha Reserve Unit (GRU) duties to Lieutenant Colonel Haji Abdul Kadir bin Haji Mahmud today.

The ceremony took place at the Gymnasium Hall in Sungai Akar Camp and was witnessed by a total of 771 guests including officers, other ranks, civilian and their families. The Deputy Commandant, Major Anand Kumar Dewan Rai officiated the ceremony and delivered a speech in recognition of Lieutenant Colonel Rani bin Haji Bujang’s achievements during his long and illustrious tenure of 5 years and 7 months as Commandant GRU. 

Lieutenant Colonel Rani bin Haji Bujang was then invited for the last time as Commandant GRU to a give a farewell address followed by the signing ceremony of the Handover and Takeover Certificate. Prior to his final departure, the outgoing Commandant proceeded to inspect the guard of honour mounted by the personnel of the GRU at the Guard House of Sungai Akar Camp.





MAJLIS SERAH-TERIMA TUGAS KOMANDAN UNIT SIMPANAN GURKHA

SG AKAR, Friday 24 March 2017 – Leftenan Kolonel Rani bin Haji Bujang menyerahan tugasnya sebagai Komandan Unit Simpanan Gurkha (GRU) kepada Leftenan Kolonel Haji Abdul Kadir bin Haji Mahmud pada hari ini.

Majlis Serah-Terima Tugas telah berlangsung di Dewan Gerak Badan di Perkhemahan Sungai Akar dan disaksikan oleh kira-kira 771 tetamu termasuk pegawai-pegawai, anggota-anggota lain-lain peringkat, kakitangan awam serta keluarga mereka. Timbalan Komandan, Mejar Anand Kumar Dewan Rai membuka tirai majlis serta seterusnya menyampaikan ucapan mengenai pencapaian-pencapaian cemerlang Leftenan Kolonel Rani bin Haji Bujang disepanjang tempoh 5 tahun dan 7 bulan sebagai Komandan GRU.

Leftenan Kolonel Rani bin Haji Bujang kemudiannya dijemput bagi kali terakhir sebagai Komandan GRU untuk menyampaikan ucapan perpisahan serta diikuti oleh majlis menandatangani Sijil Serah-Terima Tugas. Sebelum pemergian beliau, Leftenan Kolonel Rani bin Haji Bujang telah memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri dari anggota-anggota daripada Unit Simpanan Gurkha di Rumah Pengawal Kem Sungai Akar.