GADONG, Saturday, 27 June 2026 – The Closing Ceremony of the Indo-Pacific Senior Enlisted Leaders Subject Matter Expert Exchange 2026 (IPSEL SMEE 2026) was officiated by Warrant Officer 1 Rozain bin Haji Pungut, Armed Forces Sergeant Major, together with Dr. James Minnich, Course Manager from the Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKI APCSS), at the Rizqun International Hotel, Gadong.
The IPSEL SMEE 2026 was organised by the Senior Enlisted Leadership of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in collaboration with thr DKI APCSS and the United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM). Held over six days, from 22 to 27 June 2026, the programme brought together senior enlisted leaders and representatives from countries across the Indo-Pacific region to strengthen defence cooperation, discuss regional security issues, and enhance professional military development among aprticipating nations.
The closing ceremony also featured the presentation of certificates of participation and tokens of appreciation to all participants in recognition of their commitment and active participation throughout the programme..
Throughout the programme, participants attended a series of discussions and presentations focusing on contemporary and emerging security challenges. Topics covered included regional security, cyber and maritime security, contested logistics, ethical and legal decision-making, military leadership, and the instruments of national power.
In addition of the academic sessions, participants also took part in cultural and recreational activities aimed at showcasing the heritage, history and unique identity of Brunei Darussalam. These included visits to Kampong Ayer, the Brunei History Centre, and the Royal Regalia Museum, as well as recreational activities at the Taman Mahkota Jubli Emas (Eco-Corridor).
The successful organisation of IPSEL SMEE 2026 reflects the RBAF’s continued commitment to strengthening regional defence cooperation, fostering strategic partnerships with DKI APCSS, USINDOPACOM and international partners, while enhancing the professional development of military leadership towards promoting a safer, more stable and prosperous Indo-Pacific region




MAJLIS PENUTUP INDO-PACIFIC SENIOR ENLISTED LEADERS SUBJECT MATTER EXPERT EXCHANGE 2026 (IPSEL SMEE 2026)
GADONG, Sabtu, 27 Jun 2026 – Majlis Penutup Program Indo-Pacific Senior Enlisted Leaders Subject Matter Expert Exchange 2026 (IPSEL SMEE 2026) telah disempurnakan oleh Pegawai Waran 1 Rozain bin Haji Pungut, Sarjan Mejar Angkatan Tentera, bersama Dr. James Minnich, Pengurus Kursus Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKI APCSS), yang berlangsung di Rizqun International Hotel, Gadong.
Program IPSEL SMEE 2026 telah dianjurkan oleh Pemimpin Kanan Anggota Lain-Lain Pangkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan kerjasama DKI APCSS dan United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM). Program yang berlangsung selama enam, bermula dari 22 hingga 27 Jun 2026, telah menghimpunkan pemimpin kanan anggota lain-lain pangkat serta para wakil dari negara-negara rantau Indo-Pasifik bagi memperkukuh kerjasama pertahanan, membincangkan isu-isu keselamatan serantau dan pembangunan profesional ketenteraan di antara negara-negara yang mengambil bahagian.
Majlis penutup turut menyaksikan penyampaian sijil penyertaan dan cenderamata kepada para peserta sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan penglibatan aktif mereka di sepanjang program berlangsung..
Disepanjang program tersebut, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi perbincangan dan pembentangan yang memberi tumpuan kepada pelbagai isu keselamatan semasa dan cabaran keselamatan yang sedang berkembang. Antara tpok yang diketengahkan ialah keselamatan serantau, keselamatan siber dan maritim, logistik dalam persekitaran yang dipertikaikan (contested logistics), pembuatan keputusan beretika berasaskan undang-undang, kepimpinan ketenteraan serta instrumen kuasa negara.
Selain sesi akademik, para peserta turut berpeluang menyertai program kebudayaan dan riadah yang bertujuan memperkenalkan warisan, sejarah serta keunikan Negara Brunei Darussalam. Aktiviti yang diadakan termasuk lawatan ke Kampong Ayer, Pusat Sejarah Brunei dan Pameran Alat-Alat Kebesaran Diraja, di samping aktiviti riadah di Taman Mahkota Jubli Emas (Eco-Corridor).
Penganjuran IPSEL SMEE 2026 mencerminkan komitmen berterusan ABDB dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan serantau, mempereratkan hubungan strategik bersama DKI APCSS, USINDOPACOM dan rakan-rakan antarabangsa, di samping memperkasa pembangunan kepimpinan anggota tentera ke arah mewujudkan rantau Indo-Pasifik yang lebih selamat, stabil dan makmur.