BOLKIAH GARRISON, Thursday, 8 October 2026 – A total of 30 participants received their certificates of completion at the Closing Ceremony of the 21st Executive Development Programme for Senior Government Officials in Public Policy and Management (EDP 21/2026), organised by the Ministry of Defence. The ceremony was held at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison this afternoon.
Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also in attendance were the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), the Deputy Commissioner of the Royal Brunei Police Force (RBPF), High Commissioners and Ambassadors of participating countries, Permanent Secretaries from the relevant ministries, members of the Defence Executive Committee, a representatives from the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), National University of Singapore, as well as Directors and Senior Officers from the Ministry of Defence.
In his speech, the Coordinating Minister for National Security, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II highlighted the importance of continued professional development and adaptive leadership among senior government officials in responding to an increasingly uncertain and rapidly evolving environment. He further emphasised the role of the EDP in strengthening the Whole-of-Government approach, fostering professional networks and building trust across ministries, departments and international partners, and enhancing coordination and collaboration in addressing cross-cutting challenges.
In her remarks, Yang Mulia Dr Sabrina binti Dato Paduka Haji Mohd Daud, Acting Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), highlighted programme enhancements grounded in Brunei Darussalam’s policy context and comparative overseas learning, while acknowledging the contributions of programme partners and participating organisations.
This was followed by remarks from Yang Mulia Professor Suzaina Kadir, Vice Dean (Academic Affairs) and Associate Professor at LKYSPP, who highlighted the programme’s relevance to Brunei’s development priorities and the value of practical learning and active participant engagement. Representing the cohort, Yang Mulia Commander Pengiran Haji Khairul Anwar bin Pengiran Dr Haji Abu Bakar, Royal Brunei Navy, reflected on the key lessons gained throughout the programme, emphasising evidence-based policymaking, cross-sectoral collaboration and the practical application of knowledge in strengthening public service delivery.
The EDP serves as an important platform for enhancing inter-ministerial understanding and strengthening defence diplomacy through engagement with international participants. This year’s cohort comprised 30 senior officers, including 20 from the Ministry of Defence, two from the RBPF, one from the Prime Minister’s Office and three from the Ministry of Education, as well as four international participants, one each from Malaysia, the Republic of Singapore, the People’s Republic of China, and the Sultanate of Oman.
The programme, which commenced on 06 July 2026, was facilitated by SHHBIDSS in collaboration with experts and faculty members from the LKYSPP, National University of Singapore. Conducted over 14 weeks, the programme comprised lectures, workshops, scenario-based exercises, field visits and group projects, culminating in the preparation and presentation of Policy Analysis Exercise papers. The programme also included a three-day overseas study visit to Malaysia, which provided participants with experiential learning opportunities and broader international perspectives. The programme also incorporated locally focused content to deepen participants’ understanding of Brunei Darussalam’s institutional, social, economic and strategic landscape.
Since its inception in 2004, the EDP has produced a total of 533 graduates, comprising senior officers from various government sectors and security services. The programme continues to serve as a platform for developing strategic leadership, strengthening professional networks and enhancing the capacity of senior officials to contribute effectively to Brunei Darussalam’s public administration and national development, in support of the Defence White Paper Update 2026 (DWPU 2026) and the goals of Wawasan Brunei 2035.

















MAJLIS PENUTUP PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF KE-21 (EDP 21/2026) BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN ANJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, KHAMIS, 8 OKTOBER 2026 – Seramai 30 orang peserta telah menerima sijil tamat program pada Majlis Penutup Program Perkembangan Eksekutif ke-21 bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dalam Dasar Awam dan Pengurusan (EDP 21/2026) anjuran Kementerian Pertahanan. Majlis tersebut berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison pada petang tadi.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta dari negara-negara sahabat yang menyertai, Setiausaha-Setiausaha Tetap daripada Kementerian-Kementerian berkenaan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, wakil-wakil dari Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), Universiti Nasional Singapura, Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.
Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II antara lain menekankan kepentingan pembangunan profesional dan kepimpinan adaptif dalam kalangan pegawai-pegawai kanan kerajaan bagi menghadapi persekitaran yang semakin tidak menentu dan berkembang dengan pesat. Yang Berhormat Pehin turut menekankan mengenai peranan EDP dalam memperkukuh pendekatan Whole-of-Government, membina jaringan profesional serta memupuk kepercayaan antara kementerian, jabatan dan rakan kongsi antarabangsa, di samping meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam menangani cabaran rentas sektor.
Sementara itu, Yang Mulia Dr Sabrina binti Dato Paduka Haji Mohd Daud, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), mengetengahkan penambahbaikan program yang berteraskan konteks dasar Negara Brunei Darussalam serta pembelajaran perbandingan dari luar negara, di samping menghargai sumbangan rakan-rakan program dan organisasi-organisasi yang mengambil bahagian.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Profesor Suzaina Kadir, Naib Dekan Hal Ehwal Akademik merangkap Profesor Madya di LKYSPP, yang menekankan kepentingan program tersebut dalam mendukung keutamaan pembangunan Negara Brunei Darussalam, khususnya melalui pembelajaran praktikal dan penglibatan aktif para peserta. Mewakili kumpulan peserta, Yang Mulia Komander Pengiran Haji Khairul Anwar bin Pengiran Dr Haji Abu Bakar, Tentera Laut Diraja Brunei turut berkongsi pengalaman, dengan menekankan kepentingan penggubalan dasar berasaskan bukti, kerjasama merentas sektor, serta penerapan ilmu dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.
EDP Siri ke-21 turut menjadi platform penting dalam meningkatkan kesefahaman antara kementerian serta memperkukuhkan diplomasi pertahanan melalui penglibatan peserta antarabangsa. Kohort tahun ini terdiri daripada 30 pegawai kanan, merangkumi 20 pegawai Kementerian Pertahanan, dua pegawai PPDB, seorang pegawai Jabatan Perdana Menteri dan tiga pegawai Kementerian Pendidikan, serta empat peserta antarabangsa, masing-masing seorang dari Malaysia, Republik Singapura, Republik Rakyat China dan Kesultanan Oman.
Program yang bermula pada 6 Julai 2026 ini dikendalikan oleh IPPSSHHB dengan kerjasama pakar dan tenaga pengajar daripada LKYSPP, Universiti Nasional Singapura. Program yang berlangsung selama 14 minggu ini merangkumi kuliah, bengkel, latihan berasaskan senario, lawatan lapangan dan projek berkumpulan, yang diakhiri dengan penyediaan serta pembentangan Kertas Latihan Analisis Dasar. Para peserta turut mengikuti lawatan sambil belajar selama tiga hari ke Malaysia bagi memperoleh pengalaman pembelajaran secara langsung serta memperluas perspektif antarabangsa. Pendedahan tersebut dilengkapi dengan kandungan tempatan yang memberikan pemahaman lebih mendalam mengenai konteks institusi, sosial, ekonomi dan strategik Negara Brunei Darussalam.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, EDP telah melahirkan seramai 533 graduan dalam kalangan pegawai kanan daripada pelbagai sektor kerajaan dan perkhidmatan keselamatan. Program ini terus berperanan dalam membangunkan kepimpinan strategik, memperkukuh jaringan profesional serta meningkatkan keupayaan pegawai kanan untuk menyumbang secara berkesan kepada pentadbiran awam dan pembangunan negara, selaras dengan Kertas Putih Pertahanan Kemaskini 2026 (KPPK 2026) dan matlamat Wawasan Brunei 2035.