SERIA, Friday, 20 April 2018 – The Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) 2018 concluded today with a closing ceremony at Medicina Line, Seria. Present as the Guest of Honour was Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
Speaking at the closing ceremony, the Commander of RBAF expressed his gratitude to all the delegates from all the countries involved in the symposium. He hoped that the Symposium would widen their knowledge and also, strengthen the bonds amongst participating countries by providing greater levels of interaction outside the usual working environment.
Following the closing speech, the ceremony witnessed a presentation of certificates to the participating delegates, followed by the recitation of doa and a group photo session.
Throughout the four-day Symposium, representatives from participating countries discussed security threats, as well as, best practices in terms of information collection which will support regional capacity-building, and capability development that would enhance jungle-environmental operational activities.
In its ambition to develop Brunei Darussalam as a Centre of Excellence for Jungle Warfare, the Symposium spurs the exchange of information and professional practices amongst different military training institutions, which will enhance cooperative efforts, as well as opportunities for future initiatives and collaborations.





MAJLIS PENUTUP REGIONAL JUNGLE WARFARE SYMPOSIUM 2018
SERIA, Jumaat, 20 April 2018 – Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) 2018 telah berakhir hari ini dengan Majlis Penutup di Medicina Line, Seria. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Dalam ucapan penutup, Pemerintah ABDB mengucapkan penghargaan kepada semua perwakilan dari negara-negara yang terlibat dalam simposium tersebut. Beliau berharap simposium tersebut akan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan serta mengukuhkan ikatan yang sudah terjalin di kalangan negara-negara peserta dengan menyediakan tahap interaksi yang tinggi di luar linkungan persekitaran berkerja yang biasa.
Berikutan ucapan penutup, majlis tersebut menyaksikan acara penyampaian sijil penyertaan kepada para delegasi, diikuti dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.
Sepanjang empat hari Simposium berkenaan, wakil-wakil negara-negara peserta telah membincangkan ancaman-ancaman keselamatan serta amalan-amalan terbaik dari segi pengumpulan maklumat yang akan mendokong pembangunan kapasiti serantau serta perkembangan keupayaan yang akan meningkatkan perlaksanaan operasi hutan.
Dalam cita-cita untuk mengembangkan Negara Brunei Darussalam sebagai satu Pusat Kecemerlangan bagi Latihan Peperangan Hutan, Simposium ini menggalakkan pertukaran maklumat dan amalan-amalan profesional di kalangan institusi-institusi latihan ketenteraan serantau, yang mana akan mempertingkatkan usaha kerjasama serta membukakan lebih banyak peluang untuk inisiatif-inisiatif dan kolaborasi masa depan.