BOLKIAH GARRISON, Friday, 2 February 2018 – The closing ceremony for the Advanced Paracounsellor Course (APC) was held at Dewan Wira Seni, Bolkiah Garrison.
Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Nooridah binti Haji Ibrahim, on behalf of the Director of Personnel to present the certificates to the course participants and close the ceremony.
During her closing remarks, she expressed her appreciation to the course facilitators from the Singapore Armed Forces Counselling Centre for facilitating the course and sharing their knowledge, expertise and experiences in crisis intervention. She emphasised the importance to equip the participants with advanced level counselling knowledge and skills so as to build the capacity of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Paracounsellors to effectively provide therapeutic help to soldiers involved in crises or mass casualty disasters.
The APC was held from the 29 January until 2 February 2018 for 17 officers from the Ministry of Defence and RBAF.
The APC was conducted by facilitators from the Singapore Armed Forces Counselling Centre (SAF CC): Dr Francis Heng, Clinical Advisor, Miss Ip Lee Lee, Head Paracounselling Services, and Mr Azman bin Anuar, Head Education and Prevention Services. This is the first time that the course was held in Brunei Darussalam.

MAJLIS PENUTUP KURSUS ‘ADVANCED PARACOUNSELLOR COURSE’
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 2 Februari 2018 - Majlis penutup Kursus Lanjutan Parakaunselor atau ‘Advanced Paracounsellor Course’ (APC) telah diadakan di Dewan Wira Seni, Bolkiah Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Leftenan Kolonel Nooridah binti Haji Ibrahim, Pegawai Turus Keanggotaan bagi mewakili Pengarah Keanggotaan untuk menyampaikan sijil kursus dan seterusnya menutup rasmi kursus tersebut.
Semasa ucapan penutupannya, beliau merakamkan ucapan penghargaan di atas kesediaan delegasi fasilitator dari Pusat Kaunseling Angkatan Bersenjata Republik Singapura (SAF CC) dalam merealisasikan pengendalian kursus APC dan berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam menangani isu-isu melibatkan intervensi krisis. Beliau juga menekankan betapa pentingnya para peserta kursus mengoptimakan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sebaiknya dan akan dapat dipraktikan untuk memberi respons dan bantuan terapeutik kepada tentera yang terlibat dalam krisis individu atau bencana.
Kursus Lanjutan Parakaunselor atau APC telah diadakan dari 29 Januari hingga 2 Februari 2018 bagi 17 orang pegawai dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan diadakan di Pusat Kaunseling ABDB.
Kursus APC telah dikendalikan oleh fasilitator dari SAF CC iaitu Dr Francis Heng, Penasihat Klinikal; Miss Ip Lee Lee, Ketua Perkhidmatan Kaunseling dan Parakaunselor; Encik Azman bin Anuar, Ketua Perkhidmatan Pendidikan dan Pencegahan. Ini merupakan kali pertama kursus APC ini diadakan di Negara Brunei Darussalam.