BRUNEI, Wednesday, 19 April 2023 – In conjunction with the holy month of Ramadhan 1444H, the Royal Armed Forces (RBAF) comprising the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN) and Royal Brunei Air Force (RBAirF) led by their respective leaders continued to provide attention and care for RBAF personnel children with different abilities by holding donation ceremonies throughout the month of Ramadhan 1444H.
The events were part of the community activities held annually under the Ministry of Defence and RBAF’s commitment to assist children with different abilities through cash donations from the RBAF Welfare Fund and daily necessities from generous Ministry of Defence donors.
Donations for 29 children of RBAF personnel at the Ministry of Defence were handed over by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF and Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander RBAF at the Multi-Purpose Hall, Bolkiah Garrison on 14 April 2023.
Meanwhile, 28 children of the RBLF Headquarters (RBLF HQ) and RBLF HQ Company (RBLF HQ COY), Medical and Health Services RBLF, Dental Services RBLF and Royal Guards Regiment (RGdR) RBLF personnel received donations at the Officers’ Mess Berakas Garrison from Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander RBLF on 11 April 2023.
At Muara Naval Base, donations for 26 children of the RBN personnel were presented by Captain Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, RBN, Acting Commander of the RBN at Samudera Hall on 12 April 2023.
A similar ceremony was also held at Makan Ceria Restaurant (McDonald’s) Lambak, Berakas, where Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF handed donations to 29 children of the RBAirF personnel on the 12 April 2023.
Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of the RBLF presented donations to 34 children of the Combat Service Support RBLF (CSS RBLF) personnel at the Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison on 13 April 2023, whereas donations to 13 children of Second Battalion (2Bn) RBLF, Third Battalion (3Bn) RBLF, Support Battalion RBLF and School of Infantry RBLF personnel were handed over by Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Field Commander RBLF at a ceremony held at the Officers’ Mess, 2Bn RBLF, Tutong Camp on 11 April 2023. Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Chief of Staff RBLF also presented donations to 16 children of the First Battalion (1Bn) RBLF personnel at the Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison on 12 April 2023.









ANAK-ANAK ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KELAINAN UPAYA MENERIMA SUMBANGAN
BRUNEI, Rabu, 19 April 2023 – Dalam menyemarakkan bulan suci Ramadhan 1444H, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) sentiasa memberi perhatian dan pemedulian kepada anak-anak kelainan upaya anggota ABDB dengan mengadakan majlis-majlis penyampaian derma di sepanjang bulan Ramadhan 1444H. Derma-derma tersebut disampaikan oleh peringkat kepimpinan masing-masing di tempat-tempat yang berasingan.
Acara-acara tersebut merupakan aktiviti kemasyarakatan yang dikendalikan setiap tahun sebagai tanda pemedulian dan komitmen Kementerian Pertahanan dan ABDB dalam menghulurkan bantuan terhadap anak-anak kelainan upaya yang berbentuk wang tunai daripada Tabung Kebajikan ABDB dan barang keperluan harian hasil sumbangan ikhlas daripada warga Kementerian Pertahanan.
Sumbangan bagi 29 orang anak-anak anggota ABDB di Kementerian Pertahanan telah diserahkan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison pada 14 April 2023.
Manakala seramai 28 orang anak-anak anggota unit Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, Khidmat Pergigian TDDB dan Rejimen Pengawal Diraja (RPD) TDDB telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB dalam satu majlis yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison pada 11 April 2023.
Di Pangkalan Tentera Laut Muara, Kepten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, Pemangku Pemerintah TLDB telah menyampaikan sumbangan untuk 26 orang anak-anak anggota TLDB dalam majlis yang berlangsung di Dewan Samudera pada 12 April 2023.
Majlis yang serupa juga telah diadakan di Restoran Makan Ceria (McDonald’s) Lambak di mana Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB telah menyampaikan sumbangan derma kepada 32 orang anak-anak anggota TUDB pada 12 April 2023.
Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB, juga telah menyampaikan sumbangan derma kepada 34 orang anak-anak anggota Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB) bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison pada 13 April 2023, manakala sumbangan derma kepada 13 orang anak-anak anggota Batalion Kedua (2Bn) TDDB, Batalion Ketiga (3Bn) TDDB, Batalion Bantu TDDB dan Sekolah Infantri TDDB telah diserahkan oleh Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Medan TDDB di Mes Pegawai, Batalion Kedua TDDB, Perkhemahan Tutong pada 11 April 2023. Pada 12 April 2023, Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Ketua Staf TDDB juga menyampaikan sumbangan derma kepada orang16 anak-anak anggota Batalion Pertama (1 Bn) TDDB di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison.