BOLKIAH GARRISON, Thursday, 01 December 2022 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander (JFC) Royal Brunei Armed Forces (RBAF) recently attended the Chiefs of Defence (CHOD) meeting held virtually on behalf of Commander RBAF. Also present were the Head of Joint Doctrine Warfare Centre (JDWC) and Staff Officer Grade 1 Intelligence, Joint Force Headquarters (JFHQ), and research officers from the Directorate of Intelligence, Ministry of Defence.


With the theme “Building Climate Resilience”, the meeting was chaired by His Excellency Admiral John C. Aquilino, Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM). The meeting aims to focus on building resilience against the risks of climate change where it is anticipated that the world by the year 2050 will experience rising sea levels, extreme heat, extreme precipitation and typhoon risks.

The CHOD Meeting is an annual meeting chaired by the US INDOPACOM, in which the participating CHOD have the opportunity to discuss mutual security concerns. By far, this is the third meeting held virtually, where the first virtual CHOD Conference was conducted in May 2022. The physical conference was also held back in July in Sydney, Australia, where regional countries of the Indo-Pacific region would normally take turns hosting the physical meeting each year.









MESYUARAT CHIEF OF DEFENCE 03/2022


BOLKIAH GARISON, Khamis, 01 Disember 2022 – Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin telah menghadiri mesyuarat
Chiefs of Defence (CHOD) secara maya bagi mewakili pihak Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Ketua Pusat Doktrin dan Peperangan Bersama (PDPB) dan Pegawai Turus Perisikan, Markas Angkatan Bersama (MAB), dan pegawai-pegawai penyelidik dari Jabatanarah Perisikan, Kementerian Pertahanan.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM) Tuan Yang Terutama Laksamana John C. Aquilino. Mesyuarat secara maya tersebut membawa tema “Building Climate Resilience” yang memfokuskan terhadap risiko yang perlu dihadapi akibat daripada impak perubahan iklim, yang mana pada tahun 2050 dunia dijangka akan mengalami peningkatan dari segi kenaikan paras laut, suhu panas yang melampau, hujan lebat dan juga risiko taufan.

Selain daripada itu, mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat tahunan yang dipengerusikan oleh US INDOPACOM, yang mana ketua-ketua angkatan tentera yang terlibat berpeluang untuk membincangkan isu-isu keselamatan yang mempunyai kepentingan bersama. Setakat ini, CHOD Conference ini merupakan mesyuarat kali ketiga yang telah dilaksanakan pada tahun ini yang mana mesyuarat pertama telah dilaksanakan pada bulan Mei 2022 yang lepas secara maya. Perlaksanaan mesyuarat secara fizikal telah berlangsung di Sydney, Australia pada bulan Julai yang lalu, di mana negara serantau Indo Pasifik lazimnya akan secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah bagi mesyuarat fizikal setiap tahun.