RIMBA, Tuesday 29 November 2016 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), consented to award the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing to the Chief of Royal Malaysian Air Force (RMAF), General Tan Sri Dato’ Sri Haji Roslan bin Saad. This is in recognition for his service in advancing the ties between the RBAirF and RMAF.

The award was presented by Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of RBAF at the RBAirF Base.

General Tan Sri Dato’ Sri Haji Roslan took over the post as the Chief of RMAF on 12 September 2014. Whilst in Brunei Darussalam, he also paid farewell calls to the Deputy Minister of Defence First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Commander of RBAF and his counterpart, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.







PANGLIMA RMAF DIANUGERAHKAN LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT

RIMBA, Selasa 29 November 2016 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menganugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Panglima Tentera Udara DIraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Roslan bin Saad. Penghargaan ini adalah sebagai pengiktirafan keatas jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TUDB dan TUDM.

Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah di Pangkalan TUDB.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Roslan mengambil alih tugas sebagai Panglima TUDM pada 12 September 2014. Ketika di Brunei Darussalam, Panglima TUDM juga mengadakan kunjungan-kunjungan hormat perpisahan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Pemerintah ABDB dan Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.