MUARA, Wednesday 19 July 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), consented to award the Royal Brunei Navy (RBN) Command Badge to Chief of Navy, Republic of Singapore Navy (RSN), Rear Admiral Lew Chuen Hong in recognition and appreciation for his service in enhancing the relations between RBN and RSN.
The award was presented by Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of RBAF.
Rear Admiral Lew Chuen Hong took over as the Chief of Navy, RSN on 16 June 2017. Whilst in Brunei Darussalam, he also paid courtesy calls to the Deputy Minister of Defence, Commander of RBAF, as well as Commander of RBN.
During the courtesy call to the Commander of RBAF, Rear Admiral Lew Chuen Hong received congratulatory wishes on his new appointment as RSN’s new Chief with effect from 16 June 2017 as well as the new addition to the RSN’s operational assets with the commissioning of the RSN’s first-of-class Littoral Mission Vessel (LMV), RSS INDEPENDENCE on 5 May 2017 in conjunction with the RSN’s Golden Jubilee Celebrations. The Commander of RBAF also further expressed his satisfaction for the continued defence cooperation between the two armed forces and hoped for more progress in the near future.


PANGLIMA ANGKATAN LAUT REPUBLIK SINGAPURA DIANUGERAHKAN LENCANA PERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
MUARA, Rabu 19 Julai 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah memperkenankan bagi menganugerahkan Lencana Perintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) kepada Panglima Angkatan Laut Republik Singapura, Laksamana Muda Lew Chuen Hong sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi hubungan di antara TLDB dan Angkatan Laut Republik Singapura.
Penganugerahan Lencana Perintah TLDB telah disempurnakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB.
Laksamana Muda Lew Chuen Hong mengambil alih jawatan sebagai Panglima Angkatan Laut Republik Singapura pada pada 16 Jun 2017. Semasa berada di Negara Brunei Darussalam, beliau juga mengadakan kunjungan-kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Pemerintah ABDB dan Pemerintah TLDB.
Ketika kunjungan hormat kepada Pemerintah ABDB, Laksamana Muda Lew Chuen Hong telah menerima ucapan tahniah di atas pelantikan beliau sebagai Panglima Angkatan Laut Republik Singapura sejak 16 Jun 2017 dan juga ke atas perasmian first-of-class Littoral Mission Vessel, RSS INDEPENDENCE pada 5 Mei 2017 yang lalu sempena sambutan Jubli Emas Angkatan Laut Republik Singapura. Pemerintah ABDB juga merakamkan rasa puas hati atas kerjasama ketenteraan yang sangat erat diantara ABDB dan Angkatan Tentera Republik Singapura dan berharap ini akan dapat terus diperkukuhkan lagi di masa akan datang.