BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 17 August 2022 – The Ministry of Defence received an official visit from His Excellency General Chalermphon Srisawasdi, Chief of Defence Forces of the Royal Thai Armed Forces (RTARF) from 16 until 18 August 2022.
Upon arrival at Bolkiah Garrison, His Excellency General Chalermphon Srisawasdi was greeted by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and inspected the Guard of Honour comprising personnel from the Royal Brunei Land Force.
In the afternoon, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to receive in audience His Excellency General Chalermphon Srisawasdi, Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces.
Brunei Darussalam and the Kingdom of Thailand have enjoyed a close and longstanding defence relationship that has been cemented since 1984. The bilateral defence relations has grown tremendously with engagements in the form of visits, defence and military meetings, exercises, trainings, professional exchanges and courses.
This is His Excellency General Chalermphon Srisawasdi’s first visit to Brunei Darussalam since his appointment on 01 October 2020.



LAWATAN RASMI DARIPADA KETUA TURUS PERTAHANAN,
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA THAILAND
BOLKIAH GARISON, Rabu, 17 Ogos 2022 – Kementerian Pertahanan telah menerima lawatan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Jeneral Chalermphon Srisawasdi, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand pada16 hingga 18 Ogos 2022.
Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Tuan Yang Terutama Jeneral Chalermphon Srisawasdi disambut oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Ini diikuti dengan perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei.
Pada sebelah petang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Jeneral Chalermphon Srisawasdi di Istana Nurul Iman.
Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand mempunyai hubungan pertahanan yang rapat dan lama terjalin yang dimeterai pada tahun 1984. Perhubungan pertahanan dua hala telah berkembang dengan penglibatan yang merangkumi lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais, latihan, pertukaran profesional dan kursus.
Lawatan ini merupakan lawatan pertama Tuan Yang Terutama Jeneral Chalermphon Srisawasdi ke Negara Brunei Darussalam semenjak pelantikannya sebagai Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand pada 01 Oktober 2020.