KAMPONG PENGKALAN DONG, TUTONG, FRIDAY, 15 NOVEMBER 2024 – With the blessings and
hidayah of Allah Subhanahu Wa Ta’ala, 22190 Private Norashiqin binti Hamdan from the Directorate of Intelligence, Ministry of Defence has embraced Islam in a Conversion Ceremony today. The ceremony also concurrently celebrate for her younger brother 53985
Laskar Mohammad Shafiee bin Hamdan, Royal Brunei Navy who recently converted to Islam. The ceremony was held at their parents’ home in Kampong Pengkalan Dong, Tutong District.

 

Present at the ceremony as the Guest of Honour was Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub, Member of the Legislative Council and Penghulu of Mukim Ukong, Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Acting Tutong District Officer, Yang Mulia Awang Mohammad Hakimi bin Abdullah Gampar, Kampong Ukong Village Head, Yang Mulia Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Md Salleh, Director of the Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affairs, RBAF Senior Officers, Officers from Islamic
Da’wah Centre, RBAF personnel and the families of the newly converts.

 

The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istigfar, Surah Al-Fatihah and followed up with the reading of the holy versus of the
Al-Quran,
Surah Al-Mu’minun from verses 1 to 11 which was read by Corporal Awang Zulilmi bin Awang Haji Julahia, RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The ceremony continued with the recitation of
Dua Kalimah Syahadah by Private Norashiqin binti Hamdan led by an officer from the Islamic Da’wah Centre, Tutong District. The ceremony was further enlivened with the chanting of
takbir three times, followed by the recitation of
Doa Pengislaman by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director JAMA’AT, and concluded with
Dikir Marhaban and the sprinkling of
bunga rampai.

 

The ceremony also featured the presentation of mementoes by the Acting Commander of the RBAF to Private Norashiqin binti Hamdan and
Laskar Mohammad Shafiee bin Hamdan, RBN. The ceremony concluded with a
Doa Peliharakan Sultan
and Negara Brunei Darussalam, followed by a group photo session.​















 

MAJLIS MERAIKAN PENGISLAMAN ANGGOTA-ANGGOTA ABDB


KAMPONG PENGKALAN DONG, TUTONG, JUMAAT, 15 NOVEMBER 2024 – Dengan rahmat dan hidayah Allah Subhanahu Wa Ta’ala, 22190 Soldadu Norashiqin binti Hamdan daripada Jabatanarah Perisikan, Kementerian Pertahanan telah memeluk agama Islam dalam satu Majlis Pengislaman hari ini. Majlis itu juga serentak meraikan adik beliau 53985 Laskar Mohammad Shafiee Bin Hamdan, Tentera Laut Diraja Brunei yang telah baru-baru ini memeluk agama Islam. Majlis tersebut diadakan di rumah kediaman ibu bapa mereka di Kampong Pengkalan Dong, Daerah Tutong.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @Tekpin bin Ya’akub, Ahli Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Ukong, Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Yang Mulia Awang Mohammad Hakimi bin Abdullah Gampar, Ketua Kampong Ukong, Yang Mulia Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Md Salleh, Pengarah Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pegawai-pegawai Kanan ABDB, Pegawai-pegawai dari Pusat Da’wah Islamiah, anggota-anggota ABDB dan kaum keluarga saudara-saudara baru berkenaan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah Al-Mu’minun dari ayat 1 hingga 11 yang dibacakan oleh Kopral Awang Zulilmi bin Awang Haji Julahia, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diteruskan dengan bacaan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Soldadu Norashiqin binti Hamdan yang dipimpin oleh Pegawai daripada Pusat Dakwah Islamiah, Daerah Tutong. Majlis disemarakkan lagi dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, diikuti dengan bacaan Doa Pengislaman oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah JAMA’AT dan diakhiri dengan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai.

 

Majlis turut diselitkan dengan penyampaian cenderahati oleh Pemangku Pemerintah ABDB kepada Soldadu Norashiqin binti Hamdan dan Laskar Mohammad Shafiee bin Hamdan, TLDB. Majlis disudahi dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, diikuti sesi bergambar ramai. ​