BRUNEI, Thursday, 23 June 2022 – In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces 61st anniversary and as part of its Community Outreach Campaign, the Royal Brunei Navy (RBN) conducted cleaning campaign at numerous Muslim cemeteries including at Sarai Pimping Muslim cemetery, Kampong Mentiri Muslim cemetery, Belimbing Subok Muslim cemetery and Kampong Salambigar Muslim cemetery. 

The activities commenced with the cleaning campaign and concluded with the recitals of
Tahlil and
doa.

The cleaning campaign remain part of the charitable activities conducted by the RBN that serves to enhance the spirituality and cooperation amongst the RBN personnel as well as to foster the spirit to serve and contribute back to society.



KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-61

BRUNEI, Khamis, 23 Jun 2022 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-61 dan sebagai sebahagian daripada kempen kemasyarakatan, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan kempen kebersihan di beberapa Tanah Perkuburan Islam termasuk Tanah Perkuburan Islam Sarai Pimping, Tanah Perkuburan Islam Kampung Mentiri, Tanah Perkuburan Islam Belimbing Subuk dan Tanah Perkuburan Islam Salambigar.

Aktiviti dimulakan dengan kempen membersihkan tanah perkuburan dan diakhiri dengan bacaan Tahlil dan doa beramai-ramai.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal dan berkebajikan yang dikendalikan oleh TLDB yang bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat.