BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 28 April 2022 – In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Diamond Jubilee Anniversary, the RBAF carried out a charity event to celebrate a total of 199 children with different abilities from 174 RBAF families at their respective residences.

Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad ​​Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, handed donations to children with special needs of Ministry of Defence personnel, while Services Commanders of the RBAF and senior officers have also participated in the simultaneous handing of donations to recipients of their respective units. 

Upon arrival at each recipient’s residence, the event began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of donations and concluded with the recitation of Doa Selamat. 

This charitable event portrays the RBAF’s compassion for children of different abilities and exemplifies the RBAF’s unwavering commitment to the welfare of its personnel in need. The donations presented were raised from the proceeds of the RBAF Welfare Fund, donations and sponsorships from companies, including Citra Dewi and Kowira.










MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK BERLAINAN UPAYA 

BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI INTAN ABDB

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 April 2022 – Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), ABDB telah mengadakan aktiviti amal bagi meraikan seramai 199 anak-anak berlainan upaya daripada 174 keluarga anggota ABDB di kediaman masing-masing.

Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak berkeperluan khas warga anggota Kementerian Pertahanan sementara Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera serta pegawai-pegawai kanan juga turut serta dalam menghulurkan sumbangan kepada anggota unit masing-masing. 

Sejurus tiba di kediaman penerima, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian sumbangan dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Acara amal ini menggambarkan keprihatinan ABDB terhadap anak-anak berlainan upaya dan menunjukkan komitmen ABDB yang tidak berbelah bahagi terhadap kebajikan anggota yang memerlukan. Sumbangan-sumbangan telah dikumpulkan daripada kutipan Tabung Kebajikan ABDB, kutipan derma dan tajaan sumbangan daripada syarikat-syarikat termasuk Citra Dewi dan Kowira.