BERAKAS, Ahad 26 Mei 2013 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Jerayawara Kerjaya sempena HUT ABDB yang ke 52 tahun di Ground Floor, Airport Mall.
Antara objektif Jerayawara adalah untuk mempromosikan kerjaya dalam ABDB dan memberi maklumat serta menarik minat kepada para graduan dan bukan graduan yang hendak mencari pekerjaan tentang peluang-peluang pekerjaan yang terdapat didalam ABDB.
Diantara Jabatan-Jabatan di dalam ABDB yang mengikuti Jerayawara Kerjaya adalah Pejabat Pengambilan, Sekolah Pegawai Kadet, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta Khidmat Pergigian dan Khidmat Perubatan.
Disamping itu juga unit-unit ABDB yang turut serta dalam mempromosikan kerjaya mereka adalah dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).




