UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM, Thursday, 15 November 2018 – The Medical and Health Services, Combat Service Support (CSS), Royal Brunei Land Force (RBLF) and Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB) Institute of Health Sciences, Universiti Brunei Darussalam (UBD) co-organised the 2nd Medical and Health Symposium today. The symposium was held as part of the 24th Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Exercise currently in Brunei Darussalam from 12 until 16 November 2018.
Themed “Pre Hospital Medical Emergencies”, the Medical and Health Symposium was designed to encourage exchange of knowledge and experience amongst various agencies in Brunei Darussalam that are involved in medical emergencies, enabling interoperability to be enhanced. Amongst the topics discussed were Combat Medic Experience in the Warzone, Trauma Assessment, Dental Trauma, Tactical Combat Casualty Care, and Cardiac Emergencies.
The opening ceremony of the symposium began with a welcoming speech by Lieutenant Colonel (Dr) Hj Mas Irman Rukmino bin Dato Paduka Hj Abdul Wahab, Acting Chief Medical Officer, Medical and Health Services, CSS, RBLF. This was followed with a Keynote Speech on “Civilian-Military Interoperability in Medical Emergencies” delivered by Lt Geoff Burgerhoff from United States Navy (USN).
The afternoon session heard a keynote speech by Mohammad Khairulamin, a lecturer from the PAPRSB Institute of Health Sciences, UBD, on simulation for medical training titled “Simulation: When Your Patient is a Mannequin”.
The symposium was participated by representatives from various agencies, including the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), UBD, Ministry of Health, Royal Brunei Police Force, Prison Department, Brunei Fire and Rescue Department, Jerudong Park Medical Centre and Panaga Health Centre.
The event concluded with appreciation gifts and certificates to all presenters involved by Dr Zaw Wint, Deputy Dean of PAPRSB Institute of Health Sciences, UBD, as Guest of Honour.
Several other symposiums were also held throughout the CARAT Exercise 2018 such as the Women Interaction Program, Public Affairs Symposium, and Military Law Operations Symposium. The symposium is a platform for officers from RBAF and USN as well as those from other government agencies to exchange information, ideas, enhance relationships and strengthen ties in a conducive learning environment.


SIMPOSIUM PERUBATAN DAN KESIHATAN DAN SIMPOSIUM-SIMPOSIUM BERKAITAN SEPANJANG EKSESAIS CARAT 2018
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM, Khamis, 15 November 2018 – Khidmat Bantuan Kombat (KBK), Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama Institut Kesihatan Sains Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB), Universiti Brunei Darussalam (UBD), telah mengadakan Simposium Perubatan dan Kesihatan kali ke-2 pada hari ini. Simposium ini diadakan sempena Eksesais ke-24 Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) yang sedang dijalankan pada masa ini di Negara Brunei Darussalam mulai 12 hingga 16 November 2018.
Bertemakan “Pre-Hospital Medical Emergencies”, Simposium Perubatan dan Kesihatan ini telah diadakan untuk menggalakkan pertukaran ilmu dan pengalaman di antara agensi-agensi di Negara Brunei Darussalam yang terlibat dalam kecemasan perubatan, seterusnya memperbaiki penyelarasan operasi bersama (enhancing interoperability). Diantara topik yang dibentangkan semasa sesi-sesi perbincangan adalah Pengalaman Kombat Medik di Kawasan Peperangan, Penilaian Kecederaan Trauma, Trauma Pergigian, Tactical Combat Casualty Care, dan Cardiac Emergencies.
Majlis Pembukaan bagi Simposium Perubatan dan Kesihatan tersebut bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Leftenan Kolonel (Dr) Hj Mas Irman Rukmino bin Dato Paduka Hj Abdul Wahab, Pemangku Ketua Pegawai Perubatan, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, KBK, TDDB. Seterusnya, ucaptama mengenai “Civilian-Military Interoperability in Medical Emergencies” disampaikan oleh Lt Geoff Burgerhoff, daripada Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS).
Pada sesi petang, simposium tersebut juga turut mengundang Mohammad Khairulamin, seorang pensyarah daripada Institut Kesihatan Sains PAPRSB, UBD, untuk menyampaikan ucaptama mengenai simulasi bagi latihan perubatan yang bertajuk “Simulation: When Your Patient is a Mannequin”.
Simposium ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada beberapa buah agensi, termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), UBD, Kementerian Kesihatan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Penjara, Jabatan Penyelamat dan Bomba, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) dan Pusat Kesihatan Panaga.
Simposium Perubatan dan Kesihatan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil kepada semua penyampai oleh Dr Zaw Wint, Timbalan Dekan bagi Institut Kesihatan Sains PAPRSB, UBD, sebagai Tetamu Kehormat.
Beberapa simposium juga diadakan sepanjang eksesais CARAT 2018, diantaranya ialah Program Interaksi Wanita, Simposium Hal Ehwal Awam, dan Simposium Operasi Undang-undang Tentera. Simposium ini adalah platform untuk pegawai dari ABDB dan TLAS serta mereka dari agensi kerajaan lain untuk bertukar maklumat, pandangan, meningkatkan hubungan dan memperkukuhkan persahabatan ikatan dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif.