BOLKIAH GARRISON, Thursday, 30 August 2018 – The Royal Brunei Armed Forces will be sending its 15th contingent to serve with the International Monitoring Team (IMT-15) in Mindanao, Republic of Philippines. A send-off ceremony was held at the Bolkiah Garrison Gymnasium, graced by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
The IMT contingent members included a total of 7 RBAF personnel and an officer from the Royal Brunei Police Force (RBPF).
At the same time, the ceremony also wished farewell to the thirty RBAF personnel who are slated to join the MALBATT 850-6 for the peacekeeping mission under the United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL) in early September.
Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces presented the servicemen who were deployed to IMT and UNIFIL with the national flags and IMT/UNIFIL arm badges.
IMT-15 is headed by Lieutenant Colonel Mohammad Rizal bin Haji Abdul Hadi, whereas the UNIFIL 850-6 is headed by Major Daud bin Etim.
A doa selamat ceremony was held in honour for the servicemen who will be deployed at the Surau Ad-Difa’ in the Bolkiah Garrison.
Among those present were members of the Defence Executive Committee; Commissioner of the Royal Brunei Police Force (RBPF), Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam; the Representative of the High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam; the Representative of the Embassy of Republic of Philippines to Brunei Darussalam; Malaysia’s and Philippines’ Defence Advisors to Brunei Darussalam, senior officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF, a representative from the Ministry of Foreign Affairs and Trade (MOFAT) as well as family members of the deployed personnel.
Brunei Darussalam has been a member of the IMT since 2004 and in UNIFIL under MALBATT 850 since 2008. These missions have provided substantial operational experiences for both the RBAF and RBPF.






PEMERGIAN IMT-15 KE MINDANAO DAN UNIFIL 350-5 KE LEBANON
BOLKIAH GARISON, Khamis, 30 Ogos 2018 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan menghantar kontinjen ke-15 untuk berkhidmat dengan misi Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam di Mindanao, Republik Filipina. Majlis pemergian anggota IMT telah diadakan di Dewan Gerak Badan Bolkiah Garison, yang telah dirasmikan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB. Anggota-anggota kontinjen IMT termasuk seramai 7 anggota ABDB dan seorang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).
Pada masa yang sama, majlis itu juga diselenggarakan dengan pemergian tiga puluh anggota ABDB yang dijadualkan menyertai MALBATT 850-6 bagi misi pengaman United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL) pada awal September.
Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menyampaikan Bendera Negara dan memasangkan lencana kepada para anggota yang akan ditempatkan di IMT dan UNIFIL.
IMT-15 diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohammad Rizal bin Haji Abdul Hadi, dan UNIFIL 850-6 diketuai oleh Mejar Daud bin Etim.
Majlis doa selamat dan doa kesyukuran telah diadakan bagi pemergian anggota-anggota ABDB yang terlibat dalam misi keamanan di Surau Ad-Difa’ di Bolkiah Garison.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan; Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam, Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei; wakil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam; wakil Kedutaan Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Penasihat Pertahanan Malaysia dan Republik Filipina, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB, wakil dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, dan keluarga anggota-anggota.
Negara Brunei Darussalam telah menjadi ahli Pasukan Pemantau Antarabangsa sejak tahun 2004 dan juga ahli UNIFIL dibawah MALBATT 850 sejak tahun 2008. Misi-misi tersebut telah banyak memberikan pengalaman operasi yang berharga kepada anggota ABDB dan PDB.