
MANILA, THE REPUBLIC OF THE PHILIPPINES, 19 June 2024 – The 9th Joint Defence and Cooperation Working Committee (JDWC) meeting between Brunei Darussalam and the Republic of the Philippines was successfully concluded in Manila today. The meeting was co-chaired by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Brunei Darussalam and Major General Angelito M De Leon (Retired) AFP, Undersecretary for Capability and Assessment Development, Department of National Defence of the Republic of the Philippines.
The meeting served as a crucial platform for discussing key issues and enhancing bilateral defence cooperation including discussions on high-level exchanges, military-to-military cooperation and proposed Mutual Logistics Support Arrangement (MLSA).
On the sidelines, the Brunei delegation paid courtesy calls to Senior Undersecretary Isidro L. Purisima, Deputy of the Presidential Adviser on Peace, Reconciliation, and Unity (PAPRU). These interactions provided opportunities to discuss broader aspects of bilateral relations and explore new areas of cooperation.
As part of the programme of the meeting, Brunei delegation was invited to a formal dinner and a cultural tour organised by the Republic of the Philippines.
The 9th JDWC meeting concluded with both sides expressing optimism about the future of Brunei-Philippines relations. The next JDWC meeting is scheduled to be held in Brunei Darussalam in 2025.



BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK FILIPINA MEMPERKUAT KERJASAMA PERTAHANAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN DAN KERJASAMA (JDWC) KE-9
MANILA, REPUBLIK FILIPINA, 19 Jun 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan dan Kerjasama (JDWC) ke-9 di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina telah berlangsung di Manila hari ini. Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Mejar Jeneral Angelito M De Leon (Bersara) AFP, Setiausaha Keupayaan dan Penilaian Pembangunan, Jabatan Pertahanan Nasional, Republik Filipina.
Mesyuarat ini berfungsi sebagai platform penting untuk membincangkan isu-isu utama dan meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala di antara dua negara, termasuk mengenai
high-level exchanges, military-to-military cooperation and proposed Mutual Logistics Support Arrangement (MLSA) antara lainnya.
Di samping itu, delegasi Negara Brunei Darussalam mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kanan Isidro L. Purisima, Timbalan Presiden bagi Keamanan, Pendamaian, dan Perpaduan (PAPRU). Interaksi ini memberikan peluang untuk membincangkan aspek-aspek lebih luas dalam hubungan dua hala dan meneroka bidang-bidang kerjasama baharu.
Sebagai sebahagian daripada program mesyuarat tersebut, delegasi Negara Brunei Darussalam dijemput ke majlis makan malam rasmi dan lawatan kebudayaan yang dianjurkan oleh Republik Filipina.
Mesyuarat JDWC kali ke-9 berakhir dengan kedua-dua pihak menyatakan keyakinan terhadap masa depan hubungan Negara Brunei Darussalam – Republik Filipina. Mesyuarat JDWC seterusnya dijadualkan akan diadakan di Brunei Darussalam pada tahun 2025.