MOSCOW, RUSSIA, Monday, 4 April 2018 – The Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Russian Federation, signed an Agreement on Mutual Protection of the Results of Intellectual Activity and Intellectual Property Protection in the Course of Bilateral Military-Technical Cooperation.
Signing on behalf of the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam is Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration), who is currently in Moscow for a 2-day visit. Whilst signing on behalf of the Government of the Russian Federation is His Excellency Grigory Ivliev, Director General of the Federal Service for Intellectual Property (ROSPATENT).
Present at the Ceremony were Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Brunei Darussalam to the Russian Federation, His Excellency Dato Paduka Haji Haini bin Hj Hashim; and other officials from the Ministry of Defence as well as the Brunei Darussalam Embassy in the Russian Federation.
The signing of this Agreement is pursuant to the Memorandum of Understanding between Brunei Darussalam and the Russian Federation on Military-Technical Cooperation signed on 19 May 2016 in Sochi, Russian Federation.
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN PERSEKUTUAN RUSIA TANDATANGANI PERJANJIAN PERLINDUNGAN BERSAMA HASIL AKTIVITI INTELEK DAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK KERJASAMA TENTERA-TEKNIKAL DUA HALA
MOSCOW, RUSSIA, Isnin, 4 April 2018 – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Persekutuan Rusia, telah menandatangani Perjanjian mengenai dengan Perlindungan Bersama Hasil Aktiviti Intelek dan Perlindungan Harta Intelek Kerjasama Tentera-Teknikal Dua Hala.
Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran) yang sedang berada di Moscow selama dua hari. Sementara Kerajaan Persekutuan Rusia diwakili oleh Tuan Yang Terutama Grigory Ivliev, Ketua Pengarah Perkhidmatan Persekutuan bagi Harta Intelek (ROSPATENT).
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Duta Besar dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Haini bin Haji Hashim serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Persekutuan Rusia.
Penandatanganan Perjanjian ini adalah berdasarkan kepada Memorandum Persefahaman antara Negara Brunei Darussalam dan Persekutuan Rusia mengenai Kerjasama Tentera-Teknikal yang telah ditandatangani pada 19 Mei 2016 di Sochi, Persekutuan Rusia.