MINISTRY OF NATIONAL DEFENSE, REPUBLIC OF KOREA, Thursday, 7 November 2024  The Ministry of Defence, Brunei Darussalam and Ministry of National Defense, the Republic of Korea conducted the 1st Defence Policy Dialogue (DPD) at the Ministry of National Defense Headquarter, Yongsan, the Republic of Korea today.

 

The Dialogue was co-chaired by Yang Mulia Poh Kui Choon, Deputy Permanent Secretary, Ministry of Defence, Brunei Darussalam and Lee Seung-buhm, Director General of International Policy Bureau, Ministry of National Defense, the Republic of Korea. The DPD discussed the progress of bilateral defence cooperation and explored opportunities for future defence interactions. The conduct of the inaugural Dialogue is also part of the activities to commemorate the 40th anniversary of the establishment of diplomatic relations between Brunei Darussalam and the Republic of Korea.

 

The DPD between Brunei Darussalam and the Republic of Korea was established through the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation signed on 13 September 2018. The DPD serves as a mechanism for both countries to discuss and seek opportunities to cooperate in future bilateral initiatives and jointly exchange information and knowledge on matters of mutual interest. ​






 

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK KOREA MENGADAKAN DIALOG DASAR PERTAHANAN YANG PERTAMA


KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA, REPUBLIK KOREA, Khamis, 7 November 2024 – Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan Negara, Republik Korea telah mengadakan Dialog Dasar Pertahanan (DPD) yang pertama di Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan Negara, Yongsan, Republik Korea pada hari ini.


Dialog tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Poh Kui Choon, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Tuan Lee Seung-buhm, Director General of International Policy Bureau, Kementerian Pertahanan Negara, Republik Korea. Dialog berkenaan membincangkan kemajuaan kerjasama pertahanan dua hala dan meneroka peluang bagi interaksi pertahanan akan datang. Pelaksanaan Dialog yang pertama juga merupakan salah satu aktiviti untuk memperingati ulang tahun penubuhan hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea yang ke-40.


Dialog Dasar Pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea telah ditubuhkan melalui Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani pada 13 September 2018. Dialog Dasar Pertahanan berfungsi sebagai mekanisme bagi kedua-dua negara untuk membincangkan dan mencari peluang untuk berkerjasama dalam inisiatif dua hala pada masa akan datang, serta bertukar maklumat dan pengetahuan mengenai perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.