
JAKARTA, REPUBLIC OF INDONESIA, Wednesday, 9 November 2022 – The 4th Joint Defence Cooperation Committee (JDCC) Meeting between Brunei Darussalam and Republic of Indonesia was held at Hotel Grand Mercure Kemayoran, Jakarta, Republic of Indonesia.
The meeting was co-chaired by Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration), Ministry of Defence, Brunei Darussalam and Air Marshal Donny Ermawan Taufanto, M.D.S, Secretary General, Ministry of Defence, Republic of Indonesia. Officials from the defence establishments and armed forces of both countries were also in attendance.
During the meeting, both sides reaffirmed commitment to further strengthen and deepen bilateral relations. The meeting observed discussion around the progress on the bilateral defence cooperation as well as prospects for potential areas of future cooperation. Brunei Darussalam and Republic of Indonesia also had the opportunity to exchange views on regional and international mutual security concerns.
The JDCC between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia was established in 2014 to serve as a platform for both defence establishments to exchange views on matters of mutual concern as well as to discuss current and future defence cooperation. The JDCC is also a follow up from the signing of the Memorandum of Understanding in Defence Cooperation between Brunei Darussalam and Republic of Indonesia on 10 April 2003.

Courtesy Call between Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration), Ministry of Defence, Brunei Darussalam and Air Marshal Donny Ermawan Taufanto, M.D.S, Secretary General, Ministry of Defence, Republic of Indonesia prior to the 4th JDCC

Group photo of the 4th JDCC between Brunei Darussalam and Republic Indonesia

Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration), Ministry of Defence, Brunei Darussalam and Air Marshal Donny Ermawan Taufanto, M.D.S, Secretary General, Ministry of Defence, Republic of Indonesia signing the 4th JDCC Minutes of Meeting

Air Marshal Donny Ermawan Taufanto, M.D.S, Secretary General, Ministry of Defence, Republic of Indonesia receiving momento from Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration), Ministry of Defence, Brunei Darussalam
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK INDONESIA MENGADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA KERJASAMA PERTAHANAN BERSAMA YANG KE-4
JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Rabu, 9 November 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Pertahanan Bersama (JKPB) yang ke-4 telah diadakan di Hotel Grand Mercure Kemayoran, Jakarta, Republik Indonesia.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini, Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran), Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Marsekal Udara Donny Ermawan Taufanto, M.D.S., Sekreteris-Jenderal, Kementerian Pertahanan, Republik Indonesia. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan bersenjata kedua-dua negara.
Semasa mesyuarat berkenaan, kedua belah pihak mengesahkan komitmen untuk memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan dua hala. Mesyuarat tersebut juga telah membincangkan kemajuan mengenai kerjasama pertahanan dua hala dan menerokai prospek bagi potensi bidang kerjasama di masa akan datang. Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia juga berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau dan antarabangsa yang menjadi kebimbangan bersama.
Mesyuarat JKPB antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia ditubuhkan pada tahun 2014 dan adalah satu platform bagi pertukaran pandangan mengenai perkara-perkara yang menjadi kebimbangan bersama selain membincangkan kerjasama pertahanan yang sedia ada dan yang akan datang. Mesyuarat JKPB ini juga adalah susulan dari penandatangan Memorandum Kerjasama Pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia pada 10 April 2003.