INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, BERAKAS, Tuesday, 27 June 2023
– The Ministry of Defence, Brunei Darussalam and Ministry of Defense, Japan conducted the 1st Defence Policy Dialogue (DPD) at the International Convention Centre, Berakas today.
 
The meeting was co-chaired by Yang Mulia Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Deputy Permanent Secretary (Policy and Strategy), Ministry of Defence and His Excellency Oka Masami, Vice-Minister of Defense for International Affairs, Ministry of Defense, Japan. The DPD further cemented Brunei Darussalam and Japan’s bilateral defence relations, with the progress of bilateral and multilateral defence cooperation, as well as explored opportunities for future defence interactions were discussed. Both sides also exchanged views on the regional security dynamics.
 
The DPD between Brunei Darussalam and Japan was established through the Memorandum of Cooperation (MoC) on Defence Cooperation and Exchanges between the Ministry of Defence, Brunei Darussalam and the Ministry of Defense, Japan, signed on 3 February 2023. The MoC serves as a framework for fostering closer defence relations and cooperation between the defence establishments of both countries, such as through exchange of visits, courses, training, military exercises, and other cooperation in areas of mutual interests.

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN JEPUN TELAH MENGADAKAN DIALOG DASAR PERTAHANAN YANG PERTAMA

PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS, Selasa, 27 Jun 2023 – Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan, Jepun telah mengadakan Dialog Dasar Pertahanan (DDP) yang pertama di Bilik Sepakat 3, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas hari ini. 

Dialog tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi), Kementerian Pertahanan dan Tuan Yang Terutama Oka Masami, Vice-Minister of Defense for International Affairs, Kementerian Pertahanan, Jepun. Dialog berkenaan mengukuhkan lagi hubungan pertahanan di antara Brunei Darussalam dan Jepun, yangmana ianya membincangkan kemajuan dan perkembangan kerjasama pertahanan dua hala dan berbagai hala, serta meneroka peluang bagi interaksi  pertahanan yang akan datang. Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai dinamik keselamatan serantau.

DDP di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun telah ditubuhkan melalui Memorandum Kerjasama (MoC) mengenai Kerjasama dan Pertukaran Pertahanan di antara Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan Jepun yang ditandatangani pada 3 Februari 2023. MoC berkenaan berfungsi sebagai rangka kerja untuk memupuk hubungan pertahanan dan kerjasama yang lebih erat di antara Kementerian Pertahanan kedua-dua negara, melalui pertukaran lawatan, kursus, latihan, eksesais ketenteraan dan bidang kerjasama berkepentingan bersama.