
BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 17 May 2023 – The Ministry of Defence (MINDEF), Brunei Darussalam and the Department of Defence of Australia conducted the 19th Joint Defence Working Committee (JDWC) Meeting physically at the Officer’s Mess, Bolkiah Garrison.
The meeting was co-chaired by Yang Mulia Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Deputy Permanent Secretary (Policy and Strategy), Ministry of Defence and Mr. David Lewis, Assistant Secretary (Southeast Asia), International Policy Division, Department of Defence of Australia. The JDWC Meeting reaffirmed Brunei Darussalam and Australia’s longstanding and positive bilateral defence and military relationship. The meeting also discussed the progress of bilateral defence cooperation, as well as explored prospects for upcoming defence engagements. Both sides also exchanged views on the regional security dynamics and reviewed the ongoing co-chairmanship of the 4th cycle of the ADMM-Plus Experts’ Working Group on Military Medicine (ADMM-Plus EWG on MM).
The JDWC between Brunei Darussalam and Australia was established through the Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of Australia signed on 10 May 1999. The MoU served as a framework for fostering closer defence relations and cooperation between the defence establishments and armed forces of both countries, such as through courses, training, military exercises, the exchange of information on matters pertaining to security and visits between the respective defence and military senior officials.




NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN AUSTRALIA TELAH MENGADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERTAHANAN BERSAMA KALI KE-19
BOLKIAH GARISON, Rabu, 17 Mei 2023 – Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Pertahanan Australia telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) yang ke-19 secara bersemuka di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi), Kementerian Pertahanan dan Tuan David Lewis, Assistant Secretary (Southeast Asia), International Policy Division, Jabatan Pertahanan Australia. Mesyuarat JDWC mengesahkan hubungan pertahanan dan ketenteraan yang positif dan telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia. Mesyuarat tersebut juga membincangkan perkembangan kerjasama pertahanan dua hala, serta meneroka prospek masa depan untuk penglibatan pertahanan yang akan datang. Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan tentang dinamik keselamatan serantau, dan mengimbas pengerusian bersama kitaran ke-4 Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus mengenai Perubatan Tentera (ADMM-Plus EWG on MM).
JKPB di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia telah ditubuhkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Pertahanan di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Australia yang ditandatangani pada 10 Mei 1999. MoU berkenaan berfungsi sebagai rangka kerja untuk memupuk hubungan pertahanan dan kerjasama yang lebih erat di antara Kementerian Pertahanan dan angkatan tentera kedua-dua negara, seperti kursus dan latihan, eksesais ketenteraan, pertukaran maklumat mengenai perkara-perkara yang berkaitan keselamatan dan pertukaran lawatan di antara pegawai-pegawai kanan pertahanan dan tentera masing-masing.