TANAH JAMBU, Friday, 5 April 2019 – A briefing session on the Ministry of Defence budget for Financial Year 2019/2020  was held at the Auditorium of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces, Kampung Tanah Jambu.

Present as the Guest of Honour was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). 

Also in attendance were Haji Mohd Zakaria bin Haji Sarudin, Acting Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretary, Directors, Commandants, Heads of Units and senior officers from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces as Vote Controllers of the Ministry of Defence.

Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan,  Deputy Permanent Secretary, in his opening remarks, commended Ministry of Defence’s efforts  in improving and monitoring its coordination and proper implementation of financial processes. The Ministry of Defence also gives its full support to the Fiscal Consolidation program organized by the Ministry of Finance and Economy, which would strengthen the fiscal well-being of Brunei Darussalam and monitor any negative impact in the medium and long term. 

The Deputy Permanent Secretary also emphasised on the importance of adhering to the Financial Regulations  1983,  circulars issued by the Prime Minister’s Office and any other regulations in force from time to time including the ‘Garispanduan Melaksanakan Surcaj Dalam Perkhidmatan Awam’. He also expressed his appreciation to all  stakeholders in the Ministry of Defence and RBAF  for their cooperation in ensuring that the Ministry’s budget was utilised efficiently and prudently, and called for such cooperation to continue  for the Financial Year 2019/2020.

In delivering the briefing for the Financial Year 2019/2020, Madam Poh Kui Choon, Acting Director of Finance and Acquisition (DFA) explained on the Ministry of Defence’s budget performance for the Financial Year 2018/2019 and projected the use of the budget for the Financial Year 2019/2020. She also shared that the DFA is collaborating with the Defence Information Technology Unit to develop the DFA Procurement System. The pilot study for the project will begin in May 2019 and is expected  to be operable for use by all directorates and units in the Financial Year 2020/2021.

The event ended with the presentation of the
Pecahan Peruntukan Tahun Kewangan 2019/2020 to all Vote Controllers by the Commander of RBAF.


TAKLIMAT PERUNTUKAN KEMENTERIAN PERTAHANAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2019/2020

TANAH JAMBU, Friday, 5 April 2019 Sesi taklimat mengenai peruntukan Kementerian Pertahanan bagi Tahun Kewangan 2019/2020 telah diadakan di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kampung Tanah Jambu.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Turut hadir ialah Haji Mohd Zakaria bin Haji Sarudin, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah, Komandan-komandan, ketua-ketua unit serta pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pertahanan dan ABDB selaku
Vote Controllers Kementerian Pertahanan.

Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan, Timbalan Setiausaha Tetap, dalam ucapan pembukaannya memuji kepada usaha-usaha Kementerian ini ke arah penambahbaikkan dan pemantauan terhadap penyelarasan dan pelaksanaan yang teratur dalam proses kewangan. Kementerian Pertahanan turut memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan program
Fiscal Consolidation yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi, yang bertujuan untuk mengukuhkan kestabilan fiskal Negara Brunei Darussalam serta mengawal kesan negatif dalam jangkamasa sederhana dan panjang. 

Timbalan Setiausaha Tetap juga memberi penekanan terhadap kepentingan mematuhi Peraturan-Peraturan Kewangan 1983, surat keliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa, ini termasuk ‘Garispanduan Melaksanakan Surcaj Dalam Perkhidmatan Awam’. Beliau seterusnya mengucapkan penghargaan di atas kerjasama semua pihak di dalam Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam memastikan peruntukan dibelanjakan dengan efisien dan berhemah, serta menyeru bagi kerjasama tersebut diteruskan lagi bagi Tahun Kewangan 2019/2020.

Dalam menyampaikan taklimat Peruntukan Tahun Kewangan 2019/2020, Dayang Poh Kui Choon, Pemangku Pengarah Kewangan dan Perolehan menghuraikan mengenai prestasi peruntukan Kementerian Pertahanan bagi Tahun Kewangan 2018/2019 dan rancangan penggunaan peruntukan bagi Tahun Kewangan 2019/2020. Beliau seterusnya mengongsikan mengenai kerjasama Jabatanarah Kewangan dan Perolehan (JKP) dan Unit Teknologi Maklumat Pertahanan  untuk memperkenalkan Sistem Pemerolehan Jabatanarah Kewangan dan Perolehan.
Pilot study bagi projek tersebut akan bermula pada bulan Mei 2019 dan dirancang untuk dilaratkan penggunaannya kepada semua jabatanarah-jabatanarah dan unit-unit pada Tahun Kewangan 2020/2021.

Taklimat tersebut diakhiri dengan penyampaian Pecahan Peruntukan Tahun Kewangan 2019/2020 kepada semua
Vote Controllers oleh Pemerintah ABDB.