BERAKAS GARRISON, Wednesday 1 March 2017 – To commemorate the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 56th Anniversary that falls on 31 May, a blood donation campaign co-organised with the Ministry of Health was held as the inaugural community project that took place at the Berakas Garrison.


The campaign was jointly conducted by the staff of the Blood Bank Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) Hospital and RBAF military medical personnel. Similar campaigns will continue to be held until July this year in all units including the Ministry of Defence and RBAF Army Reserve.

The blood donation campaign aims to provide support and mindfulness to the community by donating and increasing the national blood bank reserve aside from inculcating a charitable attitude and a sense of social responsibility to military personnel.


KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB YANG KE-56

BOLKIAH GARISON, Rabu 1 Mac 2017 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-56 yang akan jatuh pada 31 Mei, Kempen Derma Darah anjuran bersama Kementerian Kesihatan telah dilaksanakan sebagai salah satu projek kemasyarakatan yang julung kali diadakan di Berakas Garison.

Kempen tersebut dikendalikan bersama oleh kakitangan Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) dan anggota perubatan tentera ABDB. Kempen seumpama ini akan diteruskan sehingga bulan Julai pada tahun ini di semua unit ABDB termasuk Kementerian Pertahanan dan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB).

Kempen derma darah ini bertujuan untuk memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dengan menyumbangkan dan menambahkan simpanan tabung darah negara disamping menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial kepada anggota-anggota tentera.