ISTANA NURUL IMAN, Wednesday 8 May 2013 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu-izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces has consented to receive in audience the State Council and Minister of National Defense of the People’s Republic of China, His Excellency General Chang Wanquan at the Istana Nurul Iman.

Also present at the audience ceremony was the Chairman of the 7th ADMM, The Honourable Pehin Datu Singamanteri Colonel (Rtd) Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Mohammad Yasmin Bin Haji Umar, Minister of Energy at the Prime Minister’s Office.

Also in attendance were the Deputy Minister of Defence, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, and the Permanent Secretary (Defence Policy and Development), Colonel (Rtd) Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham bin Pengiran Haji Mohamad.

Brunei Darussalam and the People’s Republic of China signed the Memorandum of Understanding on military exchanges on 12 September 2003 in Bandar Seri Begawan. The scope of cooperation includes exchanges of information on defence matters and military exchanges such as trainings and professional courses for personnel.

During the audience, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and His Excellency General Chang Wanquan discussed bilateral cooperation in the field of defence and exchanged views on current regional and international security issues.

His Excellency General Chang Wanquan and delegation are in the country since 6 May on a 4-day official visit.

KDYMM BERKENAN MENERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN REPUBLIK RAKYAT CHINA



ISTANA NURUL IMAN, Rabu 8 Mei 2013
– Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Tuan
Yang Terutama Jeneral Chang Wanquan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan
Menteri Pertahanan Negara, Republik Rakyat China. Majlis berlangsung di
Istana Nurul Iman petang tadi.

Turut
hadir di Majlis Mengadap tersebut ialah Pengerusi bagi Mesyuarat ADMM
Ke-7, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia
(Dr) Awang Haji Mohammad Yasmin Bin Haji Umar, Menteri Tenaga di
Pejabat Perdana Menteri. Turut hadir juga ialah Timbalan Menteri
Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, dan Setiausaha
Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan), Kolonel (B) Pengiran Dato
Paduka Haji Azmansham bin Pengiran Haji Mohamad.

Negara
Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China telah menandatangani
Memorandum Persefahaman dalam Pertukaran Tentera pada 12 September 2003
di Bandar Seri Begawan. Skop kerjasama termasuk pertukaran maklumat
mengenai pertahanan dan pertukaran ketenteraan seperti latihan dan
kursus profesional bagi anggota-anggota.

Semasa
Majlis Mengadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang
Terutama Jeneral Chang Wanquan membincangkan kerjasama dua hala di
bidang pertahanan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu
keselamatan serantau dan antarabangsa.

Tuan Yang Terutama Jeneral Chang Wanquan dan rombongan berada di negara ini sejak 6 Mei dalam rangka lawatan rasmi 4 hari.