ISTANA NURUL IMAN, Tuesday 3 November 2015 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has consented to receive in audience the Chief of Defence Forces, Republic of Singapore Armed Forces (SAF), His Excellency Major General Perry Lim.

Present at the audience ceremony were First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, RBAF Commander and His Excellency Mr Jaya Ratnam, Singapore High Commissioner to Brunei Darussalam.

Also present were Dato Paduka Awang Haji Mohd Juanda bin A. Rashid, Permanent Secretary at the Prime Minister’s Office, Awang Abu Sufian bin Haji Ali, Acting Permanent Secretary Ministry of Defence; Colonel Seet Uei Lim, Head Joint Research (Designate) Singapore Armed Forces and Colonel Tan Hong Teck, Commander of Naval Diving Unit, Republic of Singapore Navy.

In another room at the Istana Nurul Iman, Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binte Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Haji Mohamed Alam also consented to receive in audience the spouse of Chief of Defence Forces, Singapore Armed Forces, Mrs Lynn Lim. She was accompanied by the wife of the Commander of Royal Brunei Land Forces (RBLF), Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim.

The relationship of Brunei Darussalam and Republic of Singapore in the field of defence is a hallmark of bilateral ties between the two countries. The introductory visit by His Excellency Major General Perry Lim aims to further strengthen the professional bilateral ties and defence cooperation between the two armed forces, and countries in general.

The audience ceremony took place this afternoon at Istana Nurul Iman.





MAJLIS MENGADAP BAGI KETUA TURUS PERTAHANAN SINGAPURA

ISstana Nurul Iman, Selasa 3 November 2015
– Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Ketua
Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS), Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral Perry Lim.

Hadir di majlis mengadap ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd
Tamit; Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar
Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah; dan Tuan Yang
Terutama Jaya Ratnam, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara
Brunei Darussalam.

Turut
hadir ialah Dato Paduka Awang Haji Mohd Juanda bin A.
Rashid, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang
Abu Sufian bin Haji Ali, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian
Pertahanan; Kolonel Seet Uei Lim, Head Joint Research (Designate)
Angkatan Bersenjata Republik Singapura dan Kolonel Tan Hong Teck,
Komander Unit Menyelam Tentera Laut Singapura.  

Sementara di bilik berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran
Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Haji
Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri kepada Ketua Turus
Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Yang Mulia Puan Lynn
Lim. Beliau diiringi oleh isteri Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei
(TDDB), Datin Dayang Hajah Rasidah binti Haji Brahim.

Hubungan
Negara Brunei Darussalam dan Republik Singpura di dalam bidang
pertahanan merupakan hubungan yang sangat unggul di antara kedua buah
negara ini. Lawatan pengenalan oleh Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral
Perry Lim bertujuan untuk terus mengekalkan hubungan dua hala yang
professional dan kerjasama pertahanan di antara kedua-dua angkatan
tentera, dan negara amnya.

Majlis mengadap berlangsung petang ini di Istana Nurul Iman.