BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday 2 April 2013 – The ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting (ADSOM) convened this morning at the Songket Ballroom, Rizqun International Hotel. Chairing at the Meeting was Colonel (Retired) Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham Pengiran Haji Mohammad, Permanent Secretary (Defence Policy and Development), Ministry of Defence, Brunei Darussalam.
Among the agenda discussed at the Meeting include preparation for the 7th ASEAN Defence Ministers’ Meeting (7th ADMM) and the 2nd ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus (2nd ADMM-Plus) that is scheduled to take place in Bandar Seri Begawan on 6-7 May 2013 and 29 August 2013 respectively. The ADSOM also acknowledged the various progress reports of the activities within the ADMM cooperation, which ranges from the ASEAN Defence Establishments and Civil Society Organizations (CSOs) Cooperation on Non-Traditional Security, the Establishment of the ASEAN Peacekeeping Centres Network, and the Establishment of the ASEAN Defence Industry Collaboration.
The ADSOM also took note the report of the 6th Network of ASEAN Defence and Security Institutions (6th NADI) that was held in Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam on 6 to 7 March 2013. Overall, these progress reports reflect the continuous and robust efforts made by ADMM Member States in contributing towards the realization of the ASEAN Community 2015, in particular the ASEAN Political-Security Community.
In the meeting today, the ADSOM discussed and considered a number of new initiatives which will further contribute towards the progress and wider development of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM). ADSOM also considered several new initiatives that will be brought forward to the ADMM for adoption. As part of the preparations towards the realization of the 2nd ASEAN Humanitarian Assistance and Disaster Relief Exercise (2nd AHX) that will be held in Brunei Darussalam on 16 June 2013, First Admiral Dato Seri Pahlawan Abd Aziz bin Haji Mohd Tamit, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces, also enlightened the Meeting on the updates on the 2nd AHX, which is a Table-Top Exercise co-hosted by Brunei Darussalam and the Republic of Singapore.
The ADMM is the highest defence mechanism within ASEAN. The annual ADMM facilitates the ASEAN Defence Ministers to discuss and exchange views on current defence and security issues and challenges faced in the region. The ADMM aims to promote mutual trust and confidence through greater understanding of defence and security challenges as well as enhancement of transparency and openness.

SESI MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERTAHANAN ASEAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 April 2013 – Mesyuarat
Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) telah diadakan pada pagi
ini bertempat di Dewan Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun. Mesyuarat
tersebut dipengerusikan oleh Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji
Azmansham bin Pengiran Haji Mohammad, Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan
dan Pembangunan), Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.
Antara
agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut merangkumi persediaan
bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN kali ke-7 (ADMM ke-7)
dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus kali kedua
(ADMM-Plus ke-2). Kedua-dua mesyuarat tersebut akan diadakan bertempat
di Bandar Seri Begawan pada 6-7 Mei 2013 dan 29 Ogos 2013. Selain itu,
ADSOM juga memperakui laporan mengenai kepelbagaian kemajuan akitiviti
dengan kerjasama ADMM yang meliputi Kerjasama Pertubuhan Pertahanan
ASEAN dan Organisasi Masyarakat Sivil (CSOs) dalam Keselamatan Bukan
Tradisional, kolaborasi Penubuhan Pusat Rangkaian Keamanan ASEAN dan
Penubuhan Industri Pertahanan ASEAN.
Selain
itu, ADSOM juga memberikan perhatian terhadap laporan Rangkaian
Institusi-Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN ke-6 (NADI ke-6)
yang telah diadakan di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
pada 6-7 Mac 2013. Secara keseluruhannya, laporan kemajuan ini
mencerminkan usaha yang berterusan oleh negara-negara anggota ADMM dalam
memberikan sumbangan ke arah merealisasikan Komuniti ASEAN 2015
khususnya Komuniti Politik – Keselamatan.
Dalam
mesyuarat pagi ini, ADSOM telah membincangkan dan menggariskan beberapa
inisiatif baru yang akan memberikan sumbangan selanjutnya terhadap
kemajuan dan pembangunan yang lebih luas kepada Mesyuarat
Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM). ADSOM juga telah mengenal pasti
beberapa inisiatif baru yang akan dibincangkan dalam ADMM untuk
penerimaan. Sebagai sebahagian daripada persediaan ke arah
merealisasikan Eksesais Bantuan Kemanusiaan dan Bencana ASEAN kali kedua
(AHX ke-2) yang akan diadakan di Negara Brunei Darussalam pada 16 Jun
2013, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd
Tamit, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
memaklumkan mesyuarat mengenai pengemaskinian latihan tersebut yang akan
dipengerusikan bersama oleh Negara Brunei Darussalam dan Republik
Singapura.
ADMM
merupakan mekanisme pertahanan yang tertinggi dalam ASEAN. Acara ini
diadakan secara tahunan bagi memudahkan Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN
untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran mengenai isu-isu
keselamatan dan pertahanan semasa serta cabaran-cabaran yang dihadapi
dalam rantau ini. Matlamat ADMM adalah untuk menggalakkan saling
kepercayaan dan keyakinan melalui kefahaman yang tinggi terhadap
cabaran-cabaran keselamatan dan pertahanan.