BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday 8 May 2013 – An ASEAN-China Defence Ministers’ Informal Meeting took place yesterday afternoon at the Indera Kayangan Ballroom, Empire Hotel and Country Club, Brunei Darussalam.

The meeting discussed ASEAN-China defence cooperation and exchange views on regional and international cooperation.   His Excellency General Chang Wanquan, State Councilor and Minister of National Defence, People’s Republic of China is on a three day bilateral visit to Brunei Darussalam commencing from 6 May until 9 May 2013. This is also His Excellency General Chang’s first overseas trip since his appointment as the Minister of National Defence of the People’s Republic of China.

This is the 3rd ASEAN-China Defence Ministers’ Informal Meeting to be held. The first meeting was held in Jakarta, Indonesia in 2011 and the second meeting in Phnom Penh, Cambodia in 2012.

ASEAN and China continues to enhance their close and strategic partnership on political and security cooperation through regular dialogue and consultations at all levels. This includes Summits, ministerial meetings, senior officials and experts meetings, as well as through broader ASEAN-initiated regional architecture such as ASEAN Regional Forum (ARF), ASEAN Plus Three (APT), the East Asia Summit (EAS) and ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (ADMM Plus).

China was the first dialogue partner of ASEAN to accede to the Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC) in October 2003 in Bali. China’s accession to the TAC has contributed to the stature of the TAC as the code of conduct for inter-state relations in the region. China was also the first Nuclear Weapon State (NWS) which expressed its intention to accede to the Protocol to the Southeast Asian Nuclear-Weapon-Free-Zone (SEANWFZ).

On non-traditional security, ASEAN and China signed a Joint Declaration of ASEAN and China in the Field of Non-Traditional Security Issues in 2002 followed by the signing of the Memorandum of Understanding (MoU) on Cooperation in the Field of Non-Traditional Security Issues in 2004. After the expiry of the MoU in 2009, a new MoU for the period of 2010-2014 was signed in 2009 in Siem Reap, Cambodia.


MESYUARAT TIDAK RASMI ANTARA MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN DAN REPUBLIK RAKYAT CHINA



BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 8 Mei 2013
– Mesyuarat Tidak Rasmi Antara Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan
Republik Rakyat China telah berlangsung pada petang semalam di Indera
Kayangan Ballroom, Empire Hotel and Country Club, Brunei Darussalam.

Mesyuarat
tersebut membincangkan kerjasama pertahanan antara ASEAN-China dan
seterusnya bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama serantau dan
antarabangsa. Tuan Yang Terutama Jeneral Chang Wanquan, Ahli Dewan
Undangan Negeri dan Menteri Pertahanan Negara, Republik Rakyat China
berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan dua hala selama tiga
hari bermula dari 6 Mei hingga 9 Mei 2013. Ini juga merupakan lawatan
pertama Tuan Yang Terutama Jeneral Chang ke luar negara sejak dilantik
sebagai Menteri Pertahanan Negara Republik Rakyat China.

Ini
adalah Mesyuarat yang ketiga antara Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN
dan Republik Rakyat China. Mesyuarat pertama telah diadakan di Jakarta,
Indonesia pada tahun 2011 dan mesyuarat kedua di Phnom Penh, Kemboja
pada tahun 2012.

ASEAN
dan China terus meningkatkan usahasama yang rapat dan strategik dalam
kerjasama politik dan keselamatan melalui dialog dan konsultasi di semua
peringkat. Ini termasuk Sidang-Sidang Kemuncak, mesyuarat-mesyuarat
menteri, mesyuarat pegawai-pegawai kanan dan mesyuarat pakar-pakar,
serta melalui arkitektur serantau ASEAN seperti Forum Serantau ASEAN
(ARF), ASEAN Plus Three (APT), Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan
Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM Plus).

China
merupakan rakan dialog pertama ASEAN yang menyertai Perjanjian
Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) pada Oktober 2003 di
Bali. Penyertaan China telah menyumbang dalam pengukuhan TAC sebagai
code of conduct untuk hubungan antara negara di rantau ini. China juga
merupakan Negara Senjata Nuklear (NWS) pertama yang menyampaikan hasrat
untuk menyertai Protocol to the Southeast Asian Nuclear-Weapon-Free-Zone
(SEANWFZ).

Dalam
keselamatan bukan tradisional, ASEAN dan China telah menandatangani
Deklarasi Bersama ASEAN dan China dalam Bidang Isu Keselamatan Bukan
Tradisional pada tahun 2002 diikuti dengan majlis menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Bidang Keselamatan Bukan
Tradisional pada tahun 2004. Selepas tamat MoU pada tahun 2009, MoU yang
baru bagi tempoh 2010-2014 telah ditandatangani pada tahun 2009 di Siem
Reap, Kemboja.