TANAH JAMBU, Friday, 1 April 2022 - By the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 65 Probationary Officer Cadets have been appointed as Officer Cadets. The appointment ceremony was held at the Ceremonial Hall of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampung Tanah Jambu.


Present as the Guest of Honour and to award the insignias was Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces. Also in attendance were officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF and also parents of the newly appointed Officer Cadets.


The Armed Forces Commissioning Board (AFCB) selected 46 male and 19 female officer cadets who reported to the Officer Cadet School on February 14, 2022. Over the past seven weeks, the officer cadets have gone through the basic military training phase, consisting of drills, physical fitness, fieldcraft, map reading, leadership and management, and others. They will now embark on the next 41 weeks of more rigorous and intensive training to develop them into high-quality officers in leadership, character, and intellect.


The ceremony concluded with a
Doa Selamat recited by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Acting Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT) and a group photo session with the Guest of Honour.



MAJLIS PERLANTIKAN PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-21, SEKOLAH PEGAWAI KADET, AKADEMI PERTAHANAN ABDB


TANAH JAMBU, Jumaat, 1 April 2022 – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 65 orang Pegawai Kadet Percubaan secara rasminya telah dilantik sebagai Pegawai Kadet. Majlis perlantikan ini telah diadakan di Dewan Istiadat Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu.


Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB serta ibu bapa Pegawai Kadet yang baru dilantik.


Pegawai-pegawai kadet seramai 46 lelaki dan 19 wanita telah dipilih melalui Lembaga Penauliahan Angkatan Tentera dan melaporkan diri ke Sekolah Pegawai Kadet pada 14 Februari 2022 yang lalu. Sepanjang tujuh minggu yang lepas, Pegawai Kadet telah menjalani fasa Latihan Asas Ketenteraan yang terdiri daripada latihan kawad, kecergasan jasmani, ilmu medan perang, ilmu membaca peta, kepimpinan dan pengurusan, dan lain-lain. Seterusnya, mereka akan meneruskan 41 minggu akan datang dengan latihan yang lebih intensif bagi melahirkan pegawai yang berkualiti tinggi dalam kepimpinan, sahsiah dan intelek.


Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim,TLDB Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) dan sesi bergambar-ramai bersama Tetamu Kehormat.