Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

STUDY VISIT TO ROYAL BRUNEI AIR FORCE BASE

AIR MOVEMENT CENTRE, Thursday, 21 March 2019 – The Royal Brunei Air Force received a study visit from students and members of BIBD ALAF and Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Mosque, Mukim Kilanas.

The visit kicked off with a photo-taking session and a video presentation delivered by 662 Major (U) Pengiran Muhammad Yusri bin Pengiran Sharifuddin, followed by a tour to showcase the various types of air force military equipment including the S70i helicopter.

The visit aimed to provide valuable knowledge about the Royal Brunei Air Force to the students. The visit was concluded with some light refreshment and parting speech ­­­­­by 662 Major (U) Pengiran Muhammad Yusri bin Pengiran Sharifuddin.

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PANGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

AIR MOVEMENT CENTRE, Khamis 21 Mac 2019 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) pada hari ini telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar daripada BIBD Alaf dan rombongan Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.

Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan taklimat video ringkas yang disampaikan oleh 662 Mejar (U) Pengiran Muhammad Yusri bin Pengiran Sharifuddin. Seterusnya mereka dibawa untuk menyaksikan pameran yang menunjukkan pelbagai jenis peralatan tentera udara termasuk helikopter S70i.

Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar-pelajar serta rombongan masjid mengenai peranan dan tanggungjawab Tentera Udara Diraja Brunei. Lawatan diteruskan dengan jamuan ringan dan diakhiri dengan kata-kata penutup dari 662 Mejar (U) Pengiran Muhammad Yusri bin Pengiran Sharifuddin.