Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PASSING-OUT PARADE FOR ROYAL BRUNEI ARMED FORCES MALE RECRUITS OF THE 178TH INTAKE AND FEMALE RECRUITS OF THE 60TH INTAKE

PENANJONG GARRISON, Friday, 19 December 2025 – A total of 122 male recruits from the 178th Intake and 48 female recruits from the 60th Intake of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) have successfully completed their Basic Military Training (BMT) following a Passing-Out Parade held at the Parade Square, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garrison.

Throughout the training period, the recruits underwent a structured and demanding programme aimed at instilling military discipline, physical endurance, teamwork, and a strong sense of duty, while preparing them with the mental and physical resilience required for their future roles in the RBAF.

Among the graduates, 17 recruits—nine (9) males and eight (8) females—will formally transition into professional military service as Royal Brunei Air Force (RBAirF) Airmen and Airwomen.

During the Passing-Out Parade, two RBAirF personnel were recognised for their outstanding performance. Corporal (U) Wan Ameerul Amin bin Zulkarnain received the Best Male Section Commander Award for his effective leadership and sound command of his section, while Recruit (U) Muhammad Syahmi bin Shamsol was awarded Best Military Skills for his consistent high level of proficiency.

The RBAirF congratulates all recruits on the successful completion of their BMT and extends its appreciation to those recognised for their outstanding achievements.


UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-178 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-60 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Jumaat, 19 Disember 2025 – Seramai 122 rekrut lelaki daripada Pengambilan ke-178 dan 48 rekrut wanita daripada Pengambilan ke-60 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan selepas Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang berlangsung di Padang Kawad, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison.

Sepanjang tempoh latihan, para rekrut telah menjalani satu program latihan yang tersusun dan mencabar bagi menerapkan disiplin ketenteraan, ketahanan fizikal, semangat berpasukan serta rasa tanggungjawab yang tinggi. Latihan ini juga bertujuan untuk melengkapkan para rekrut dengan ketahanan mental dan fizikal yang diperlukan bagi menghadapi peranan mereka pada masa hadapan dalam ABDB.

Daripada jumlah rekrut yang berjaya menamatkan latihan tersebut, seramai 17 orang—terdiri daripada sembilan (9) lelaki dan lapan (8) wanita—akan secara rasmi menyertai perkhidmatan ketenteraan profesional sebagai anggota-anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Semasa Upacara Perbarisan Tamat Latihan, dua anggota TUDB telah menerima pengiktirafan atas prestasi cemerlang mereka sepanjang latihan dijalankan. Koperal (U) Wan Ameerul Amin bin Zulkarnain telah dianugerahkan Anugerah Ketua Seksyen Terbaik Lelaki atas kepimpinan  berkesan dan keupayaan mengawal seksyen dengan baik. Sementara itu, Rekrut (U) Muhammad Syahmi bin Shamsol menerima Anugerah Terbaik Kemahiran Ketenteraan kerana secara konsisten menunjukkan tahap kecekapan dan prestasi yang tinggi dalam kemahiran ketenteraan.

TUDB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua rekrut yang telah berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan serta merakamkan penghargaan kepada anggota yang telah menerima pengiktirafan atas pencapaian cemerlang.