BOLKIAH GARRISON, Monday, 06 October 2025 – Pusat PRIHATIN convened the Closing Ceremony for the Paracounselor Preparatory Course Series 1 2025/2026 at its centre in Bolkiah Garrison. The five-week course, organised by Pusat PRIHATIN from 4 September to 6 October 2025, was designed to equip participants with fundamental counselling knowledge and applied skills essential in strengthening the Royal Brunei Armed Forces' (RBAF) support system for mental, emotional, and social well-being.
A total of 23 participants successfully completed the programme, comprising 10 RBAF personnel – including 3 from the Royal Brunei Air Force (RBAirF) – and 13 civilian staff. Throughout the course, participants underwent comprehensive modules encompassing counselling ethics, interpersonal communication, self-motivation, psychometric assessment, case documentation, and applied counselling practice.
In addition to the theoretical components, interactive activities such as
Eksplorasi Motivasi Kendiri (EMK),
Eksesais Cermin & Bayang, and
Eksesais Coretan Hidup were incorporated to promote self-awareness and empathy — key attributes for effective paracounsellors within the organisation.
The ceremony was officiated by Colonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Director of Personnel, who commended the participants for their dedication and urged them to apply their learning to reinforce the holistic support network within the RBAF. The event also featured a certificate presentation, with the Best Theory Award presented to Sergeant (U) Amirulazmi bin Osman, and concluded with a group photo session.
The RBAF remains steadfast in fostering mental resilience and holistic welfare among its personnel, in line with the Ministry of Defence's ongoing #ABDBPrihatin campaign towards a caring and resilient defence community.


MAJLIS PENUTUP KURSUS PERSEDIAAN PARAKAUNSELOR SIRI 1 2025/2026
BOLKIAH GARISON, Isnin, 06 Oktober 2025 – Pusat PRIHATIN telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus Persediaan Parakaunselor Siri 1 2025/2026 bertempat di Pusat PRIHATIN, Bolkiah Garison. Kursus selama lima minggu yang dianjurkan oleh Pusat PRIHATIN dari 4 September hingga 6 Oktober 2025 ini bertujuan untuk membekalkan peserta dengan pengetahuan asas serta kemahiran kaunseling praktikal bagi memperkukuh sokongan terhadap kesejahteraan mental, emosi dan sosial dalam kalangan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Seramai 23 peserta telah berjaya menamatkan kursus ini, terdiri daripada 10 anggota ABDB – termasuk 3 anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) – dan 13 kakitangan awam. Sepanjang kursus ini, para peserta telah mengikuti modul yang merangkumi etika kaunseling, komunikasi interpersonal, motivasi kendiri, penilaian psikometrik, pendokumentasian kes serta amalan kaunseling secara aplikasi.
Selain daripada pembelajaran teori, kursus ini turut menampilkan aktiviti interaktif seperti
Eksplorasi Motivasi Kendiri (EMK),
Eksesais Cermin & Bayang, dan
Eksesais Coretan Hidup yang dirangka bagi memupuk kesedaran kendiri dan sifat empati — dua unsur utama bagi seorang parakaunselor yang berkesan dalam organisasi.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Kolonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Pengarah Keanggotaan, yang menyampaikan ucapan penghargaan atas komitmen peserta dan menggalakkan agar ilmu yang diperoleh dapat digunakan untuk memperkasa ekosistem sokongan ABDB secara menyeluruh. Majlis juga menyaksikan penyampaian sijil dan Anugerah Teori Terbaik yang dianugerahkan kepada oleh Sarjan (U) Amirulazmi bin Osman serta diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
ABDB terus komited dalam usaha memupuk daya tahan mental dan kesejahteraan holistik dalam kalangan anggotanya, selaras dengan inisiatif berterusan Kementerian Pertahanan di bawah kempen #ABDBPrihatin ke arah mewujudkan komuniti pertahanan yang prihatin dan berdaya tahan.
