RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 03 October 2025 – The Royal Brunei Air Force RBAirF) this morning held the Kuliah Subuh at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, as part of the Ministry of Defence's simultaneous Kuliah Subuh program across all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases.
Present was Yang Mulia Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force, together with members of the RBAirF Board of Executives, senior officers, officers, personnel of the RBAirF as well as public congregants.
The ceremony commenced with the congregational Fardhu Subuh prayer, wirid recitation, doa, and the Sunat Ba'diyah prayer. The congregation then formed a halaqah for the delivery of a Kuliah Subuh by Captain Abd Mu'iz Azizi bin Zulkifli from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT).
The programme continued with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, doa before the recitation of Al-Quran, Tadarus Al-Quran, translation reading, and selected surahs, followed by doa after the recitation of Al-Quran. The ceremony then continued with the Sunat Ishraq prayer, chanting of Asmaul Husna, Selawat Tafrijiyyah, Selawat Badriyyah, Dzikir Istighfar and Taubat.
The ceremony concluded with the Sunat Hajat and Sunat Dhuha prayers, doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam, and Selawat Qiyam, marking the conclusion of the ceremony.



KULIAH SUBUH PERINGKAT TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 03 Oktober 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) pada pagi ini telah mengadakan Kuliah Subuh di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, bersempena dengan Kuliah Subuh secara serentak yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan di seluruh garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Hadir ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei bersama ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, anggota TUDB serta jemaah awam.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Subuh berjemaah, bacaan wirid dan doa serta sembahyang Sunat Ba'diyah. Jamaah kemudiannya mengambil kedudukan dalam halaqah bagi mendengarkan penyampaian Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Kapten Abd Mu'iz Azizi bin Zulkifli dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).
Majlis diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, bacaan doa sebelum membaca Al-Quran, bacaan Tadarus Al-Quran, bacaan terjemahan Al-Quran serta surah pilihan, diikuti dengan bacaan doa selepas membaca Al-Quran. Majlis kemudian diteruskan dengan sembahyang Sunat Isyraq, laungan Asmaul Husna, Selawat Tafrijiyyah, Selawat Badriyyah serta Dzikir Istighfar dan Taubat.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan sembahyang Sunat Hajat dan Sunat Dhuha, bacaan doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Selawat Qiyam bagi mengakhiri majlis.
