BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 30 September 2025 - Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted the first series of the Cemetery Cleaning Campaign at several locations today as part of its Community Outreach Programme in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary.
The cemetery cleaning campaign commenced in four locations namely, Rangas Muslim Cemetery, Kampong Mata-Mata Muslim Cemetery, Bukit Bendera Muslim Cemetery and Lampaki Kampong Mulaut Muslim Cemetery. Present at every location were Officers and the Airmen from RBAirF Headquarters, RBAirF Operations Group, RBAirF Support Group and RBAirF Training Group.
RBAirF personnel embraced this meaningful initiative as an opportunity to honour and remember former RBAF members who have passed away, through the recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Doa Arwah.
The campaign aims to strengthen the spiritual development and to contribute to society among RBAF personnel while fostering a spirit of service and contribution to the community. The second series of the campaign is scheduled to take place in December 2025 at four more cemetery locations: Kampong Beribi Muslim Cemetery, Kampong Sungai Besar Muslim Cemetery, Kampong Tanjong Maya Muslim Cemetery and Kampong Pangkalan Batu Muslim Cemetery.



.jpeg)
.jpeg)
TUDB MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-64
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 September 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah melaksanakan siri pertama Kempen Pembersihan Tanah Perkuburan di beberapa lokasi hari ini sebagai sebahagian daripada program jangkauan sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB yang ke-64.
Kempen pembersihan tanah perkuburan ini dimulakan di empat lokasi iaitu Tanah Perkuburan Islam Rangas, Tanah Perkuburan Islam Kampong Mata-Mata, Tanah Perkuburan Islam Bukit Bendera dan Tanah Perkuburan Islam Lampaki Kampong Mulaut. Hadir di setiap lokasi adalah Pegawai serta Anggota Lain-Lain Pangkat daripada Markas TUDB, Kumpulan Gerakan TUDB, Kumpulan Bantu TUDB dan Kumpulan Latihan TUDB.
Warga TUDB menyambut baik inisiatif yang bermakna ini sebagai peluang untuk menghormati dan mengenang bekas warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah melalui bacaan Surah Yassin, Tahlil, dan Doa Arwah.
Kempen ini bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan kerohanian serta menyumbang kepada masyarakat dalam kalangan warga ABDB, di samping memupuk semangat khidmat dan sumbangan kepada komuniti. Siri kedua kempen ini dijadualkan berlangsung pada Disember 2025 di empat lagi lokasi tanah perkuburan: Tanah Perkuburan Islam Kampong Beribi, Tanah Perkuburan Islam Kampong Sungai Besar, Tanah Perkuburan Islam Kampong Tanjong Maya dan Tanah Perkuburan Islam Kampong Pangkalan Batu.

.jpeg)
