Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF EDUCATIONAL VISIT FROM SEKOLAH RENDAH LABI, BELAIT TO RIMBA AIR FORCE BASE

RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 05 August 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) received an educational visit from Sekolah Rendah Labi, Belait, consisting of 18 students, 10 accompanying teachers and 7 staff members, at the Royal Brunei Air Force Base in Rimba (Rimba Air Base).

The visit began with an introductory and safety brief delivered by Lt (U) Nurul Hafizah binti Haji Amdan, No. 7 Wing, Training Group, RBAirF. The students were then given a tour of the RBAirF static display exhibition, where they had the chance to view the various assets and equipment used by the RBAirF.

The aim of the visit is to help students learn about the organisation and understand the importance of national defense. It also teaches them about the roles, values such as excellence and teamwork, and possible career paths. These visits encourage patriotism and help build stronger ties between the RBAirF and the community through hands-on learning.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA SEKOLAH RENDAH LABI, BELAIT KE PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 05 Ogos 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada 28 orang murid, 10 orang guru pengiring dan 7 orang kakitangan yang diadakan di Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan dan keselamatan yang disampaikan oleh Lt (U) Nurul Hafizah binti Haji Amdan daripada Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, TUDB. Lawatan diteruskan dengan pameran statik yang mempamerkan pelbagai aset dan peralatan yang digunakan oleh anggota TUDB.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai organisasi TUDB serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap kepentingan pertahanan negara. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan peranan, nilai-nilai seperti kecemerlangan dan kerjasama berpasukan, serta peluang kerjaya yang boleh diceburi. Lawatan seperti ini dapat memupuk semangat patriotisme dan mengukuhkan hubungan antara TUDB dan masyarakat melalui pembelajaran secara interaktif.