Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI AIR FORCE CONDUCTS JUNGLE RESCUE TEAM COURSE FOR BRUNEI FIRE AND RESCUE DEPARTMENT SERIES 1/2025

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 31 July 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully conducted the Jungle Rescue Team Course Series 1/2025 for 15 personnel from the Brunei Fire and Rescue Department (BFRD). The two-week course, which ran from 17 July to 31 July 2025, was conducted at the RBAirF Drop Zone, Rimba Air Base.

Present to officiate the closing ceremony as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Mohd Anwar Shah bin Haji Napiah, Acting Commander Operations Group. Also in attendance were officers from both the RBAirF and BFRD. The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a practical demonstration by the course participants, showcasing the skills acquired. Certificates of completion were then presented to the participants in recognition of their achievement.

The course aimed to equip BFRD personnel with specialised skills and knowledge in jungle rescue operations, strengthening inter-agency cooperation and preparedness in national emergency response. It included theoretical sessions, jungle navigation, survival skills, casualty evacuation techniques, and hands-on practical exercises under realistic field conditions. The training reflects the RBAirF's role not only in national defence but also in supporting civilian emergency services through professional and tactical training programmes.

This course marks a significant step in fostering operational readiness, building interoperability, and strengthening national disaster response capabilities. The RBAirF extends its heartfelt congratulations to all participants for their commitment, resilience, and successful completion of the Jungle Rescue Team Course.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENJALANKAN KURSUS PASUKAN PENYELAMAT HUTAN BAGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SIRI 1/2025

PANGKALAN UDARA RIMBA, Khamis, 31 Julai 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya melaksanakan Kursus Pasukan Penyelamat Hutan Siri 1/2025 melibatkan 15 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei (JBPB). Kursus selama dua minggu bermula dari 17 Julai hingga 31 Julai 2025, yang dijalankan di Dropzone Pangkalan Tentera Udara, Rimba.

Hadir selaku Tetamu Kehormat semasa majlis penutup ialah Leftenan Kolonel (U) Mohd Anwar Shah bin Haji Napiah, Pemangku Pemerintah Kumpulan Gerakan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai TUDB dan JBPB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan demonstrasi praktikal oleh para peserta kursus dan diakhiri dengan penyampaian sijil sebagai pengiktirafan kejayaan mereka menamatkan kursus.

Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan anggota JBPB dengan kemahiran dan pengetahuan khusus dalam operasi penyelamatan di kawasan hutan, di samping mengukuhkan kerjasama antara agensi serta tahap kesiapsiagaan tindak balas kecemasan negara. Kandungan kursus merangkumi sesi teori, navigasi hutan, kemahiran bertahan hidup, teknik pemindahan mangsa serta latihan praktikal intensif dalam persekitaran simulasi yang realistik. Kursus ini mencerminkan peranan TUDB bukan sahaja dalam aspek pertahanan negara, tetapi juga dalam menyokong agensi awam melalui latihan profesional dan taktikal.

Kursus ini merupakan langkah penting dalam memperkasa kesiapsiagaan operasi, meningkatkan kebolehoperasian bersama dan memperkukuh keupayaan tindak balas bencana negara. TUDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas komitmen, ketabahan dan kejayaan mereka menamatkan Kursus Pasukan Penyelamat Hutan.