Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

EDUCATIONAL VISIT BY UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI STUDENTS TO THE ROYAL BRUNEI AIR FORCE.

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 31 July 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) welcomed 37 students and 3 teachers from Universiti Teknologi Brunei (UTB) for an educational visit aimed at enhancing awareness and interest in aviation, engineering, and defence careers.

Upon arrival, the group was received by personnel from Headquarters No. 5 Wing, where they were given safety and security briefings by the Warrant Officer in charge of Air Traffic Control and the Chief Engineer of the Avionics Engineering Unit (AEU). The briefings provided students with insight into the operational structure, engineering capabilities, and career pathways available within the RBAirF.

The visit continued with a guided tour of the Avionic Bay, followed by a static exhibition featuring aircraft systems, flight equipment, and other mission-essential assets used in daily RBAirF operations. Students also took part in interactive activities, allowing them to engage directly with RBAirF and AEU personnel and gain hands-on exposure to military-grade technology and engineering practices.

This outreach initiative reflects RBAirF's ongoing commitment to promoting STEM education and inspiring the next generation of talent to explore career opportunities within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).


LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI PENUNTUT UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI  KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 31 Julai 2025 – Seramai 37 pelajar dan 3 orang guru dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah mengadakan lawatan pendidikan ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) bagi meningkatkan kesedaran serta minat terhadap bidang penerbangan, kejuruteraan dan kerjaya ketenteraan.

Rombongan disambut mesra oleh anggota dari Ibu Pejabat Cawangan No. 5, dan diberi taklimat keselamatan serta sekuriti oleh Pegawai Waran yang bertanggungjawab terhadap Kawalan Trafik Udara dan Ketua Jurutera Unit Kejuruteraan Avionik (AEU). Taklimat ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai struktur organisasi, keupayaan kejuruteraan serta peluang kerjaya yang ditawarkan dalam TUDB.

Program diteruskan dengan lawatan berpandu ke Avionic Bay, diikuti dengan pameran statik yang menampilkan pelbagai sistem pesawat, peralatan kru penerbangan serta aset-aset penting yang digunakan dalam operasi harian TUDB. Para pelajar turut menyertai beberapa aktiviti interaktif yang memberi peluang berinteraksi secara langsung dengan anggota TUDB dan AEU serta merasai pengalaman secara langsung menggunakan teknologi dan peralatan ketenteraan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam menyokong pendidikan STEM dan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneroka peluang kerjaya dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada masa hadapan.