Rimba Air Force Base,
Monday, 14 July 2025 - In conjunction with the 79th birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Doa Kesyukuran Ceremony at Surau Al-Barakah Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
The ceremony began with a recitation of Al-Quran verses from Surah Al-Mulk, verses 1 to 11 by Private (U) Masrur Fu'ad Bin Hj Asmat from 560 Squadron, No.5 Wing. The event followed by a mass Maghrib and Isya' prayers, Sunat Hajat Prayers, recital of Surah Yassin and concluding with a Doa Kesyukuran.
Present during the event was Colonel (U) Haji Hismawadi bin Haji Mohd Said, Deputy Commander of RBAirF. Also, in attendance were the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers and personnel of the RBAirF.
The Doa Kesyukuran ceremony is a nationwide event held in all mosques and surau across the country as the nation shows their gratitude and pray for the well-being of His Majesty and the country.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

.JPG)
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 14 Julai 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 tahun bertempat di Surau Al-Barakah Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 yang dibacakan oleh Soldadu (U) Masrur Fu'ad Bin Hj Asmat dari Skuadron 560, Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, TUDB. Majlis diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya' berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, membaca Surah Yassin, dan diakhiri dengan Doa Kesyukuran.
Hadir pada majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Hismawadi bin Haji Mohd Said, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai - Pegawai serta anggota-anggota TUDB.
Majlis Doa Kesyukuran ini adalah salah satu majlis yang disambut di seluruh surau dan masjid di Negara Brunei Darussalam sebagai tanda menjunjung kasih dan memohon bagi kesejahteraan dan keselamatan terhadap raja dan negara.