RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 18 August 2025 - Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), conducted an official working visit to No. 73 Squadron and No. 77 Squadron under No. 7 Wing, Training Group. The visit was aimed at assessing the effectiveness of training being conducted and ensuring that training preparedness remains at the highest standard.
The visit commenced at No. 73 Squadron, where the Commander of the RBAirF was received by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohamad Khairul Ariffin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Commander Training Group. The programme began with a briefing delivered by Major (U) Mohammad Aliff bin Haji Zulkifli, Acting Officer Commanding No. 73 Squadron, outlining the squadron's role, achievements, and training direction, followed by a squadron tour to observe training activities and facilities.
The visit to No. 73 Squadron concluded with a group photo session and the presentation of a memento by Major (U) Mohammad Kaisan bin Ludin, Officer Commanding No. 7 Wing, Training Group, as a gesture of appreciation to the Commander of the RBAirF.
The Commander of the RBAirF then proceeded to No. 77 Squadron, where he was briefed on the organisational structure, current training achievements, and ongoing developments. This was followed by a tour of the squadron's facilities, providing an opportunity to closely observe training execution and operational support functions.
This working visit reflects the Commander of the RBAirF's continuous commitment to closely monitor the progress of training across all squadrons, thereby strengthening efforts to develop highly skilled, capable, and professional personnel in support of the RBAirF's overall operational readiness.



LAWATAN KERJA PEMERINTAH TUDB KE SKUADRON 73 DAN SKUADRON 77, CAWANGAN NO. 7, KUMPULAN LATIHAN.
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 18 Ogos 2025 - Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Skuadron 73 dan Skuadron 77 di bawah Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan. Lawatan ini bertujuan menilai tahap keberkesanan latihan serta memastikan kesiapsiagaan latihan anggota sentiasa berada pada tahap yang optimum.
Lawatan dimulakan di Skuadron 73, di mana Pemerintah TUDB telah disambut oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohamad Khairul Ariffin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Komandan Kumpulan Latihan. Atur cara dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Mejar (U) Mohammad Aliff bin Haji Zulkifli, Pemangku Pegawai Memerintah Skuadron 73, yang menerangkan tentang peranan, pencapaian serta hala tuju latihan skuadron. Lawatan diteruskan dengan
squadron tour bagi meninjau kemudahan latihan serta aktiviti yang dijalankan.
Lawatan ke Skuadron 73 diakhiri dengan sesi bergambar ramai serta penyampaian cenderamata oleh Mejar (U) Mohammad Kaisan bin Ludin, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, sebagai tanda penghargaan kepada Pemerintah TUDB.
Seterusnya, Pemerintah TUDB meneruskan lawatan kerja ke Skuadron 77. Taklimat mengenai struktur organisasi, pencapaian latihan serta perkembangan semasa telah disampaikan sebelum beliau dibawa meninjau fasiliti skuadron bagi melihat lebih dekat keupayaan dan tahap pelaksanaan latihan.
Lawatan kerja ini menzahirkan komitmen berterusan Pemerintah TUDB dalam meneliti perkembangan latihan di semua peringkat skuadron, seterusnya memperkukuhkan usaha ke arah melahirkan anggota yang berkemahiran tinggi, berkualiti, dan berdaya saing demi meningkatkan kesiagaan operasi TUDB secara menyeluruh.
