RIMBA AIR FORCE BASE,
Friday 20 June 2025, –
In conjunction with the upcoming Royal Brunei Air Force (RBAirF)'s 59th Anniversary, the Air Force Bikers Community organised a 59-kilometre motorcycle convoy, participated by 59 members to reflect the significance of the occasion. The convoy was led by Warrant Officer 1 (U) Pg Haji Redzaini bin Pg Haji Ahmad, Air Force Sergeant Major, and supported by qualified Road Marshalls from within the community. The event served to foster the spirit of teamwork and camaraderie among members, while also demonstrating the unity and discipline that underpin the values of the Royal Brunei Air Force.
Present for the flag off was the Guest of Honor, Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander RBAirF. Also present were members of the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Regiment Sergeant Majors, Wing Sergeant Majors, RBAirF personnel and civilian personnel. The Flag off event started with Surah Al-Fatihah, followed by a speech by the Guest of Honour.
The 59-kilometre convoy route took participants along the main highways of Brunei-Muara District, starting from Rimba Air Force Base (Rimba AFB) and passing through Berakas, Muara, and Kampong Kapok, with a brief stop at the Temburong Bridge for light refreshments. Throughout the journey, participants demonstrated disciplined riding and strong camaraderie, reflecting the core values and professionalism of the Royal Brunei Air Force. The event concluded with a group photo session before dismissal, further strengthening bonds among participants in conjunction with the RBAirF's 59th Anniversary celebration.



KONVOI MOTORSIKAL SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE-59 TAHUN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Juma'at 20 Jun 2025 – Sempena memperingati Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) ke-59 yang akan datang, Komuniti Penunggang Motosikal TUDB telah menganjurkan acara konvoi motosikal sejauh 59 kilometer yang disertai oleh 59 orang ahli, melambangkan signifikan ulang tahun tersebut. Konvoi tersebut diketuai oleh Warrant Officer 1 (U) Pengiran Haji Redzaini bin Pengiran Haji Ahmad, Sarjan Mejar Tentera Udara, dengan sokongan
Road Marshall yang berkelayakan dari kalangan ahli komuniti itu sendiri. Acara ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan ahli, di samping mencerminkan kesatuan dan disiplin yang menjadi tunjang kepada nilai-nilai teras Tentera Udara Diraja Brunei.
Hadir pada upacara
Flag Off itu selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah ahli Badan Eksekutif, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar-Sarjan Mejar Kumpulan, Sarjan Mejar-Sarjan Cawangan, anggota-anggota dan kakitangan awam TUDB. Acara di mulakan dengan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei.
Konvoi sejauh 59 kilometer ini melalui lebuh raya utama di Daerah Brunei dan Muara, bermula dari Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) dan melalui kawasan Berakas, Muara serta Kampung Kapok, sebelum berhenti seketika di Jambatan Temburong bagi menikmati jamuan ringan. Sepanjang perjalanan, para peserta menunjukkan disiplin menunggang yang tinggi serta semangat berpasukan yang utuh, mencerminkan nilai-nilai dan profesionalisme TUDB. Acara tersebut diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebelum bersurai, sekali gus mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan peserta sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDB ke-59.
