THAILAND, Friday, 5 April 2019 The ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting (ADSOM) and ADSOM-Plus concluded on an excellent note in Cha-am District, Phetchaburi Province, the Kingdom of Thailand.  Both meetings were chaired by General Natt Intracharoen, Permanent Secretary for Defence, Kingdom of Thailand.

Representing the Ministry of Defence of Brunei Darussalam was Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, the Permanent Secretary of Ministry of Defence as the ADSOM and ADSOM-Plus Leader of Brunei Darussalam.

General Natt Intracharoen, the Chairman, in his opening remarks,, recalled the theme during Thailand Chairmanship in 2019 namely “Advancing Partnership for Sustainability”, which aimed towards a people-centered community that focuses on the future and leaves no one behind. 

The ADSOM and ADSOM-Plus meetings play a significant part in the preparation for the upcoming 13th ASEAN Defence Minister’s Meeting (ADMM) in July 2019 and 6th ADMM-Plus in November 2019. The ADSOM deliberated on several new ADMM initiatives and received
update on progress of existing ASEAN defence cooperation.

The ADSOM-Plus provided updates on the progress of the ADMM-Plus Experts’ Working Groups (ADMM-Plus EWGs), which are Maritime Security, Military Medicine, Humanitarian Assistance and Disaster Relief, Counter-Terrorism, Peacekeeping Operations, Humanitarian Mine Action and Cyber Security. 

Following the conclusion of the meetings,
ADSOM-Plus Leaders also made a joint courtesy call to His Excellency General Prawit Wongsuwon, Deputy Prime Minister and Minister of Defence, the Kingdom of Thailand.  On the sidelines of the meetings, Brunei Darussalam’s ADSOM leader also had the opportunity to conduct a bilateral meeting with counterpart from the host Thailand, and followed by a Gala Dinner event for ADSOM-Plus leaders.


MESYUARAT-MESYUARAT ADSOM DAN ADSOM-PLUS DI THAILAND

THAILAND, Jumaat, 5 April 2019 – Mesyuarat Pegawai-Pegawai Pertahanan Kanan ASEAN (ADSOM) dan ADSOM-Plus telah berakhir dengan cemerlang hari ini di Daerah Cha-am, Provinsi Phetchaburi, Kerajaan Thailand.  Kedua-dua mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Jeneral Natt Intracharoen, Setiausaha Tetap Pertahanan, Kerajaan Thailand.

Mewakili Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam ialah Brigedier Jeneral (Bersara)
Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan selaku Ketua ADSOM dan ADSOM-Plus Negara Brunei Darussalam.

Jeneral Natt Intracharoen, Pengerusi Mesyuarat, di dalam ucapan pembukaan, mengimbas kembali tema semasa
Thailand Chairmanship bagi tahun 2019, iaitu “Memajukan Perkongsian Kerjasama untuk Kemampanan”, yang bertujuan ke-arah rakyat yang berpusatkan masyarakat dengan memfokuskan kepada masa depan dan tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Mesyuarat ADSOM dan ADSOM-Plus memainkan peranan yang penting bagi persediaan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-13 pada bulan Julai 2019 dan ADMM-Plus ke-6 pada bulan November 2019.  ADSOM membincangkan beberapa inisiatif ADMM yang baru dan menerima maklumat terkini mengenai kemajuan kerjasama pertahanan ASEAN yang sedia ada.

Semasa ADSOM-Plus, pengerusi-pengerusi bersama bagi tujuh bidang kerjasama Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus (ADMM-Plus EWGs) turut menyampaikan perkembangan terkini dalam bidang-bidang mereka iaitu Sekuriti Maritim, Perubatan Ketenteraan, Bantuan Kemanusiaan dan Pertolongan Bencana, Anti-Pengganasan, Operasi Menjaga Keamanan, Humanitarian Mine Action, dan Sekuriti Siber. 

Setelah selesai mesyuarat-mesyuarat tersebut, ketua-ketua ADSOM-Plus juga membuat kunjungan hormat bersama kepada Tuan Yang Terutama Jeneral Prawit Wongsuwon, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Kerajaan Thailand. Di samping itu, ketua ADSOM Negara Brunei Darussalam juga berpeluang untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat dari negara penganjur Thailand, dan diikuti dengan acara Makan Malam Gala bagi ketua-ketua ADSOM-Plus.