BANDAR SERI BEGAWAN, Monday 15 April 2013 – The delegations from the 18 ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus countries which consists of all ASEAN Member States, and Dialogue Partners of Australia, China, India, Japan, Republic of Korea, New Zealand, Russia, and the United States kicked off the Final Planning Conference in preparation for the very first ADMM-Plus HADR/Military Medicine Exercise, to be held in Brunei Darussalam, from 17-20 June 2013.
The conference was held at the Rizqun International Hotel, in Bandar Seri Begawan. The FPC will finalize logistics and administrative preparations, consolidate exercise papers and document the exercise players nominated by respective nation.
This will be followed by break-out sessions of all the ADMM-Plus Countries Working Groups pertinent to consolidation of the FPC and preparations for site visits of the exercise.
Prior to the FPC, the Steering Committee Meeting, also chaired by First Admiral Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz Bin Haji Mohd Tamit, Joint Force Commander, RBAF were conducted in the morning, with the presence of the key Steering Committee members from Vietnam & China, and Singapore & Japan – the Co-Chairs of the ADMM-Plus EWG on HADR and MM respectively.
Site visits to exercise areas and Working Group Discussions will also be conducted this week prior to the WG’s final presentation during the closing of FPC on Thursday. Meanwhile Conference on the 2nd ASEAN Militaries’ Humanitarian Assistance and Disaster Relief Exercise (2nd AHX) will commence this Friday; an exercise where Brunei Darussalam will also be hosting together with Singapore this year, back-to-back with the ADMM-Plus HADR & MM Exercise on 16 June 2013. The ADMM-Plus HADR & MM Exercise and 2nd AHX are mechanism that will represent a concrete demonstration of practical cooperation. Both exercises are the major deliverables during Brunei Darussalam’s ADMM and ADMM-Plus Chairmanship this year.




PERSIDANGAN PERANCANGAN AKHIR BAGI EKSESAIS ADMM-PLUS HADR & MM BERMULA HARI INI
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 15 April 2013 - Delegasi dari negara-negara Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus yang terdiri dari semua negara-negara anggota ASEAN dan Rakan Dialog dari Australia, China, India, Jepun, Republik Korea, New
Zealand, Rusia, dan Amerika Syarikat memulakan Persidangan Perancangan
Akhir dalam persediaan Eksesai ADMM-Plus HADR / Perubatan Tentera yang
akan diadakan buat pertama kalinya di Negara Brunei Darussalam pada
17-20 Jun 2013. Persidangan ini telah diadakan di Rizqun International
Hotel, Bandar Seri Begawan.
Persidangan
Perancangan Akhir ini akan memutuskan persiapan logistik dan
pentadbiran, menyatukan kertas kerja latihan dan dokumen peserta-peserta
latihan yang dicalonkan oleh negara masing-masing. Ini akan diikuti
dengan sessi perbincangan secara berkumpulan bagi semua negara-negara
ADMM-Plus yang berkaitan dengan penyatuan dari FPC dan persiapan bagi
lawatan-lawatan ke kawasan tapak-tapak latihan.
Sebelum
Persidangan Perancangan Akhir diadakan, Mesyuarat Jawatankuasa Pandu
yang juga dipengerusikan oleh Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul
Aziz Bin haji Mohd Tamit, Pemerintah Angkatan Bersama, ABDB telah
diadakan pada sebelah pagi, bersama ahli-ahli Jawatankuasa Pandu Utama
dari Vietnam, China, Singapura dan Jepun yang juga selaku Pengerusi
bersama daripada Kumpulan Kerja Pakar Mesyuarat Menteri-Menteri
Pertahanan Asean Plus Eksesais Bantuan Kemanusiaan dan Bencana serta
Perubatan Ketenteraan masing-masing.
Lawatan-lawatan
ke kawasan tapak-tapak latihan dan perbincangan kumpulan kerja juga di
kendalikan sebelum pembentangan akhir kertas kerja dari setiap Kumpulan
Kerja semasa sesi penutupan pada hari Khamis ini. Sementara itu
Persidangan Latihan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (2nd AHX) akan
berlangsung pada hari Jumaat ini; iaitu satu eksesais dimana Negara
Brunei Darussalam juga akan menjadi tuan rumah dengan usahasama Republik
Singapura pada tahun ini, yang akan dikendalikan secara back-to-back
dengan Eksesais ADMM-Plus HADR / MM pada 16 Jun 2013.
Eksesais
ADMM-Plus HADR dan MM akan menjadi eksesais yang pertama di bawah
mekanisme ADMM-Plus sebagai demonstrasi yang kukuh bagi kerjasama
praktikal. Eksesais ini akan diadakan secara ‘back-to-back’ dengan
Eksesais Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Tentera-Tentera ASEAN kali ke-2
(2nd AHX). Kedua-dua eksesais adalah hasil utama bagi Pengerusi ADMM
dan ADMM-Plus di Negara Brunei Darussalam pada tahun ini.