RIMBA, Friday 17 May 2013 – Brunei Darussalam today continues their commitment to protect the ceasefire in Mindanao by deploying an additional of five Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel and one Royal Brunei Police Force (RBPF) personnel to participate in the 9th group of the International Monitoring Team (IMT) to the Republic of the Philippines and the Moro Islamic Liberation Front (MILF).
The Guest of Honour at Departing Ceremony was the Deputy Defence Minister, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat who later was introduced to the personnel and also attached armbands on each of the RBAF personnel.
The additional 9th contingent led by 633 Major Abdul Mubin bin Haji Timbang composed of 805 Captain(U) Haji Ilhamdi bin Haji Mohd Ali, Deputy Superintendent Mohd Noorani bin Hussain, 10357 WO2 Abdul Majid bin Mohd Salleh, 10496 WO2 (L) Rahim bin Haji Ibrahim and 10862 WO2 Suhardi bin Haji Asli.
The six IMT personnel will form one mobile team and will be located at Cotabato City where they will be responsible in observing and monitoring the implementation of cessation of hostilities, as well as the socio-economic development aspects of agreements signed between the Government of the Republic of the Philippines (GPH) and the MILF.
Present at the departing ceremony were the Commander of RBAF, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Commissioner of Police, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu, His Excellency the Ambassador of Republic of the Philippines, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, Service Commanders and Commandants, Directors and other senior officers of the Ministry of Defence, RBAF and officers of Royal Brunei Police Force as well as families of the departing personnel.




6 ANGGOTA ABDB & PDB BERLEPAS BAGI MISI PEMANTAUAN ANTARABANGSA
RIMBA, Jumaat 17 Mei 2013
– Brunei Darussalam hari ini meneruskan komitmennya dalam melindungi
gencatan senjata di Mindanao dengan tambahan lima anggota tambahan
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang anggota Pasukan
Polis Diraja Brunei (PDB) bagi menyertai dalam kumpulan kesembilan dari
Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) untuk Republik Filipina dan Moro
Islamic Liberation Front (MILF).
Hadir
selaku tetamu kehormat dalam Majlis Perbarisan Pemergian Anggota IMT
ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji
Sirat dan seterusnya diperkenalkan kepada semua anggota dan mengenakan
‘armband’ kepada setiap anggota IMT.
Kontinjen
tambahan ke 9 IMT diketuai oleh 633 Major Abdul Mubin bin Haji Timbang
dan terdiri dari 805 Kapten(U) Haji Ilhamdi bin Haji Mohd Ali, Timbalan
Superintendent Mohd Noorani bin Hussain, 10357 PW2 Abdul Majid bin Mohd
Salleh, 10496 PW2 (L) Rahim bin Haji Ibrahim dan 10862 PW2 Suhardi bin
Haji Asli.
Keenam
orang anggota IMT berperanan sebagai satu pasukan bergerak di Bandar
Cotabato dan bertanggungjawab dalam memerhati dan memantau perlaksanaan
perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani antara Kerajaan Republik
Filipina (GRP) dan MILF yang meliputi wilayah-wilayah dan perbandaran
dikawasan tersebut.
Hadir
di majlis pemergian anggota IMT ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral
Dato Paduka Seri Haji Aminuddin bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato
Seri Paduka Haji Abidin, Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang
Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji
Sabtu, Duta Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam,
Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan Setiausaha
Tetap, Pemerintah-Pemerintah Tentera dan Komandan, Pengarah-Pengarah dan
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan, ABDB dan Pasukan Polis
Diraja Brunei serta keluarga anggota yang terlibat.