BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 23 May 2018 – First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Brigadier General Akinbobola Alexandra Ojajune, Director Higher Military Organisation & Operations, Nigerian Armed Forces National Defence College this morning.

During the call, both sides acknowledged the cordial relations between Brunei Darussalam and Nigeria and also discussed potential areas to explore opportunities to enhance the military-to-military bilateral cooperation between Brunei Darussalam and Nigeria.

The Nigerian National Defence College is in Brunei Darussalam for a working visit from 19 May 2018 to 26 May 2018.



PEMANGKU PEMERINTAH ABDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA NIGERIAN ARMED FORCES NATIONAL DEFENCE COLLEGE

BOLKIAH GARISON, Rabu, 23 Mei 2018  – Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Jeneral Akinbobola Alexandra Ojajune, Director Higher Military Organisation & Operations, Nigerian Armed Forces National Defence College pagi ini.

Semasa kunjungan hormat, kedua belah pihak menyatakan mengenai hubungan baik di antara Negara Brunei Darussalam dan Nigeria dan juga membincangkan mengenai peluang-peluang untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Nigeria.

Nigerian National Defence College berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan kerja bermula pada 19 Mei 2018 hingga 26 Mei 2018.