​INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, SYDNEY, AUSTRALIA, 7-9 November 2023 – The Royal Brunei Navy (RBN), along with other navies around the world, gathered in Sydney, Australia for the Indo-Pacific Sea International Maritime Exposition 2023 from 7 November to 9 November 2023. The three-day event also included the Indo-Pacific Sea Power Conference 2023, themed ‘Fleet 2035: Sea Power and Future of Maritime Warfare’ hosted by the Royal Australian Navy (RAN). The theme encourages critical thinking about the role of sea power now and into the future. Additionally, the conference focused on the critical importance of the region’s waters and ocean that facilitate the global economy, including the unseen underwater data cables vital to the modern world.

Leading the RBN delegation was Yang Mulia Captain Haji Mohamad Sarif Pudin bin Mat Serudin, RBN, Acting Commander RBN, with his spouse Dr Dyg Hajah Suzanna binti Haji Awg Adenan, accompanied by Lieutenant Commander Ade Roddiane bin Haji Mohd. Rosdi, RBN, Commanding Officer of KDB DARULAMAN.

The conference that reflected the importance of the maritime domain was initiated with keynote addresses by Vice Admiral Mark D. Hammond, AO, Chief of the Royal Australian Navy (RAN). The presentations and panel discussions included the importance of maritime trade, elements of Australian sea power, technological naval warfare and its challenges, and the Indo-Pacific region’s maritime outlook in 2035. The speakers included professional, high-ranking naval leaders and professors in maritime security.

‘Senior Leaders View from the Top’, a panel discussion centring on the contemporary issues in maritime security from the perspectives of the South West Pacific and the South East Asia regions, was conducted a day before the conference. It was chaired by the Chiefs and Deputy Chiefs of the Navy from the regions that include Australia, Tonga, New Zealand, Fiji, Indonesia, Philippines, Singapore and Vietnam.

Amid the Indo-Pacific 2023 programme, RBN also had the opportunity to conduct a series of bilateral meetings to entrench further ties. The bilateral meetings were conducted with Ms Karla Horn, Executive Director for the Navy International Programs Office of the United States of America, Rear Admiral Jonathan Earley, RAN, Deputy Chief of the Australian Navy, Admiral Sakai Ryo, Chief of Staff of Japan Maritime Self-Defence Force (JMSDF), and Rear Admiral Geoffroy d’Andigné, Commander of French Armed Forces in Asia Pacific (French Polynesia).

RBN remains committed to pursuing opportunities to utilise platforms such as the Indo-Pacific 2023 to enhance RBN’s understanding of the strategic maritime domain whilst enriching naval ties with her partner navies towards a peaceful and stable region.

PEMANGKU PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI INDO-PACIFIC SEA POWER CONFERENCE 2023

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA, SYDNEY, AUSTRALIA, 7-9 November 2023 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Angkatan Tentera Laut Antarabangsa telah menghadiri Pameran Maritim Antarabangsa Laut Indo-Pasifik 2023 dari 7 November hingga 9 November 2023 di Sydney, Australia. Acara tiga hari itu turut merangkumi Persidangan Kuasa Laut Indo-Pasifik 2023, bertemakan ‘Fleet 2035: Sea Power and Future of Maritime Warfare’ yang dihoskan oleh Tentera Laut Diraja Australia (RAN). Tema ini menumpukan perhatian akan kepentingan peranan kuasa laut semasa dan masa hadapan. Selain itu, persidangan itu juga memberikan tumpuan kepada kepentingan kritikal perairan dan lautan di rantau ini pemudahcara kepada ekonomi global, termasuk kabel data dasar laut yang sangat penting kepada dunia moden.

Mewakili delegasi TLDB ialah Kepten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Mat Serudin, TLDB, Pemangku Pemerintah TLDB, dan isterinya Dr Dyg Hajah Suzanna binti Haji Awg Adenan, serta diiringi oleh Leftenan Komander Ade Roddiane bin Haji Mohd. Rosdi, TLDB, Pegawai Pemerintah KDB DARULAMAN.

Persidangan yang mencerminkan akan kepentingan domain maritim telah dimulakan dengan ucaptama oleh Laksamana Madya Mark D. Hammond, Pemerintah Tentera Laut Diraja Australia (TLDA). Ianya juga menyelitkan pembentangan dan perbincangan panel termasuk kepentingan perdagangan maritim, elemen kuasa laut Australia, peperangan teknologi angkatan laut dan cabarannya, serta tinjauan maritim dirantau Indo-Pasifik bagi tahun 2035. Penyampai-penyampai adalah terdiri daripada pakar-pakar, pegawai-pegawai kanan tentera laut sahabat dan professor di dalam bidang keselamatan maritim.

‘Senior Leaders View from the Top’, adalah panel perbincangan yang menumpukan kepada isu kontemporari keselamatan maritim dari perspektif rantau Pasifik Barat Daya dan Asia Tenggara, telah dijalankan sehari sebelum persidangan tersebut. Ia dipengerusikan oleh Pemerintah dan Timbalan Pemerintah Tentera Laut serantau termasuk Australia, Tonga, New Zealand, Fiji, Indonesia, Filipina, Singapura dan Vietnam.

Semasa program Indo-Pasifik 2023, TLDB juga berpeluang menjalankan beberapa siri mesyuarat dua hala untuk mengeratkan lagi hubungan. Mesyuarat dua hala terebut adalah bersama dengan Ms Karla Horn, Pengarah Eksekutif untuk Pejabat Program Antarabangsa Tentera Laut Amerika Syarikat, Rear Admiral Jonathan Earley, RAN, Timbalan PemerintahTentera Laut Diraja Australia, Admiral Sakai Ryo, Ketua Staf Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF), dan Rear Admiral Geoffroy d’Andigné, Panglima Angkatan Tentera Perancis di Asia Pasifik (Polinesia Perancis).

TLDB kekal komited untuk mencari peluang-peluang yang ada dan menggunakan platform yang tersedia seperti Indo-Pasifik 2023 untuk meningkatkan kefahaman TLDB tentang domain maritim strategik disamping menggeratkan hubungan diantara Angkatan Tentera Laut  yang lain ke arah keamanan dan kestabilan serantau.