BOLKIAH GARISON, Jumaat 5 Julai 2013 – Kementerian Pertahanan hari ini menngadakan Majlis Pengagihan Buah Kurma Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Peringkat Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison Tahun 1434H/2013M. Majlis berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh dan seterusnya bacaan Ratib Al-Attas. Majlis diteruskan dengan Pengagihan Buah Kurma Peribadi KDYMM kepada Wakil-Wakil daripada Jabatanarah-Jabatanarah dan Jabatan-Jabatan dibawah pentadbiran Kementerian Pertahanan.
Turut hadir ialah Pengarah-Pengarah Tentera, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Anggota Tentera Kementerian Pertahanan.


