BERAKAS GARRISON, Sunday, 10 March 2019 – The Royal Brunei Armed Forces Wives Welfare Body Association (BAKTI) organised a get-together event with the former President and BAKTI senior members at the Officers’ Mess of Berakas Garrison.

The event, which was held for the first time, aimed to express appreciation towards the former President and BAKTI senior members for their contributions during and after the retirement of their spouses in RBAF, and to further strengthen the relationship between them and the current BAKTI members.


Among the former Presidents of BAKTI who attended the event were Datin Paduka Hajah Zabaedah binti Pg Ratna Wangsa Pg Haji Metussin, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah, Datin Hajah Noraini binti Haji Mohd Jaafar, Pengiran Datin Hajah Juliana binti Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Datin Hajah Habibah binti Haji Mohd Yusuf, Datin Hajah Hazizah binti Haji Adam, Datin Hjh Mastura binti Hj Mohsin, Datin Eliza Maria Carlos binti Abdullah, Pengiran Datin Hjh Masjidah Bte Pg Hj Tengah Omar, Pengiran Datin Umi Suhana binti Pengiran Indera Perkasa Pengiran Hj Hamdan, Datin Hjh Nor’azni binti Hj Ahmed Yunos.

Welcoming the former Presidents of BAKTI and BAKTI senior members to the event were Yang Di Pertua BAKTI, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim and BAKTI Branch Officers and members of the BAKTI Association.

The get-together began with a photo session and a welcoming speech from BAKTI Chairman, Dayang Haslinda binti Haji Hamid, and also included a cooking demonstration and a dialogue session from the former BAKTI representatives. The event was further enlivened with performances from members of the BAKTI Association.



MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MANTAN-MANTAN PERSATUAN BAKTI


BERAKAS GARISON, Ahad, 10 Mac 2019 – Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) telah mengadakan satu Majlis Ramah Mesra dengan Mantan-Mantan Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli BAKTI Kanan di Mes Pegawai Berakas Garison.

Majlis yang buat julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk meraikan Mantan-Mantan Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli BAKTI Kanan sebagai tanda penghargaan di atas segala khidmat bakti mereka sepanjang dan selepas perkhidmatan para suami mereka di dalam ABDB, di samping juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara mereka dan kaum ahli BAKTI sekarang.

Diantara Mantan-Mantan Yang Di-Pertua BAKTI dan para Jemputan Khas Majlis yang telah hadir ialah Pengiran Datin Paduka Seri Laila Jasa Hjh Zabaedah binti Pengiran Ratna Wangsa Pengiran Hj Metussin, Datin Hajah Kalshom bint Haji Suhaili, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah, Datin Hajah Noraini binti Haji Mohd Jaafar, Pengiran Datin Hajah Juliana binti Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Datin Hajah Habibah binti Haji Mohd Yusuf, Datin Hajah Hazizah binti Haji Adam, Datin Hjh Mastura binti Hj Mohsin, Datin Eliza Maria Carlos binti Abdullah, Pengiran Datin Hjh Masjidah Bte Pg Hj Tengah Omar, Pengiran Datin Umi Suhana binti Pengiran Indera Perkasa Pengiran Hj Hamdan, Datin Hjh Nor’azni binti Hj Ahmed Yunos.

Mengalu-alukan Mantan-Mantan Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli BAKTI Kanan ke acara tersebut ialah Yang Di-Pertua Bakti, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim dan juga Ketua-Ketua Cawangan BAKTI berserta ahli –ahli Persatuan BAKTI.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan kata-kata aluan dari Pengerusi BAKTI, Dayang Haslinda binti Haji Hamid, dan juga termasuk demonstrasi masakan dan sesi perkongsian dengan wakil Mantan-Mantan BAKTI. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dari ahli-ahli Persatuan BAKTI.