Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE HOLDS THE OPENING CEREMONY OF DIKIR MAULUD 1447H


BOLKIAH GARRISON, Sunday, 24 August 2025 – To commemorate the birth of Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam (PBUH), and as an expression of gratitude and love towards him while seeking the blessings from Allah Subhanahu Wa Ta’ala, the Ministry of Defence held the Opening Ceremony of Dikir Maulud 1447H. The ceremony was conducted simultaneously at all garrison, base and camp suraus of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main focus at Surau Ad-Difa, Bolkiah Garrison. 

Present at the ceremony was Yang Mulia Brigadier General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Deputy Commander of the RBAF, Joint Force Commander RBAF, Deputy Services Commanders, Directors, officers, Heads of villages from nearby areas and personnel of the Ministry of Defence.

The Dikir Maulud commenced with mass Fardhu Maghrib Prayer, followed by the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, and the reading of Sirah Nabawiyah by Yang Mulia Ustaz Muhamad Nur Amin bin Awang Haji Jali from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The ceremony then continued with Dikir Assalammualaika led by Yang Mulia Imam Muhd Habib Azizi bin Muhd Ghazali, Imam of Surau Ad-Difa, before proceeding with the mass Fardhu Isya’ Prayer, Selawat Badriyah and Dikir Dibaie and Dikir Marhaban led by Yang Mulia Lance Corporal Abdul Muiz bin Mustafa from JAMA’AT. 

The ceremony concluded with the Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abd Mujib bin Hj Japar Acting Director of JAMA’AT, followed by Selawat Qiam, Surah Al-'Asr, Tasbih Kaffarah and Doa for both parents. 

The Dikir Maulud will continue to be enlivened for 12 consecutive nights at across all RBAF suraus, with various activities planned throughout the month of Rabiulawal, as a mark of love and respect towards Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam (PBUH).


Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison


Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei


Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba


Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut


Surau Perkhemahan Pegiran Ratna Indera, 2nd BN


Surau Al-Quwwah, Bangar Kem


Surau RPD Sungai Akar


Masjid Kampung Pulau Baru-Baru


KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR MAULUD BAGI TAHUN 1447H

BOLKIAH GARISON, Ahad, 24 Ogos 2025 – Bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam serta menzahirkan rasa syukur dan kecintaan kepada Baginda, disamping memohon limpahan barakah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Maulud 1447H. Majlis berkenaan berlangsung secara serentak di kesemua surau garison, pangkalan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa, Bolkiah Garrison.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Timbalan Pemerintah ABDB, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai, Ketua-Ketua Kampung berdekatan serta warga Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, disusuli bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan bacaan Sirah Nabawiyah oleh Yang Mulia Ustaz Muhamad Nur Amin bin Awang Haji Jali dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Seterusnya, Dikir Assalammualaika dipimpin oleh Yang Mulia Imam Muhd Habib Azizi bin Muhd Ghazali, Imam Surau Ad-Difa, sebelum diteruskan dengan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Selawat Badriyah, dan Dikir Dibaie serta Dikir Marhaban yang dipimpin oleh Yang Mulia Lans Koperal Abdul Muiz bin Mustafa dari JAMA’AT. 

Majlis diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abd Mujib bin Hj Japar Pemangku Pengarah JAMA’AT, serta diikuti dengan Selawat Qiam, Surah Al-‘Asr, Tasbih Kaffarah dan Doa unruk kedua ibu bapa. 

Dikir Maulud akan terus disemarakan selama 12 malam berturut-turut di seluruh surau-surau ABDB dengan pelbagai acara-acara sampingan yang dirancang di sepanjang bulan Rabiulawal, sebagai tanda kasih dan penghormatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam.​


Attachments